Tuesday 30 July 2013

DHAWQ*WARID*MAQAM*HAL.


Al-Dhawq itu dlm bahasa mudahnya ialah rasaan atau kecapan jiwa pada permulaan menerima manifestasi Ilahi yg berlaku ke atas kesedaran perhubungan individu dengan Ilahi. Al-Warid..selalu berkait dengan amalan wirid atau zikir darajat (sesuatu zikir thorekat tasawuf di amalkan) maka terdapat pelbagai khatir yang terpuji (mahmudah) yang mendatangi hati tanpa sebarang usaha daripada pemilik hati tersebut. Selalunya istilah ini diguna untuk memberi makna kepada setiap apa yang mendatangi hati sebagai manifes daripada mana-mana Asma Allah.

MAQAM (pangkat) DAN HAL.

Orang orang makrifat yg menceritakan tahapan yang mereka capai. Namun kerana bahasa hanya sesuai dengan tingkat pencapaian seseorang, justeru wajarlah kalau ucapan mereka sukar difahami orang.secara tersurat kata kata mereka saling berbeza walau makna terdalamnya bertemu pada satu titik yg tampa di ucapkan.

HAL dan MAQAM..Ada perbezaan dasar.Isltilah HAL terkadang digunakan untuk mengertikan TINGKATAN JIWA atau jalan hidup secara umumnya dlm menempuh jalan kerohanian sufi. Adapun maqam(pangkat)jika ia tetap dan bertahan disebut'Tingkatan Jiwa'jika menghilang akan memberikan tempatanya (tingkatan jiwa) itu kpd(tingkat)yg lain pula dengan segera.Ada akhtiar yg diperlukan untuk memperoleh suatu MAQAM tapi watak hal sebagai kurnia Tuhan. HAL (AHWAL) adalah kurnia dari Tuhan sementara MAQAMAT diperoleh. AHWAL datang dari musim semi kemurahan Allah dan MAQAMAT dicapai melalui ikhtiar dgn izin Allah. Pangkat (maqam) adalah 'darjat' seseorang dijalan Tuhan maqam pertama ialah Taubat kemudian penyesalan (inabah) kemudian penyangkalan (zuhud) kemudian semata percaya kpd Tuhan (tawakkal) dan seterusnya...tahap pendakian kemurnian ruhani mencapai darjat 'insan kamil' cermin Ilahi.

LATHOIF TUJUH DALAM DIRI.

Adapun Ruh al-Quddus itu yang tetap.Ruh al-Adzim itu yang pergi datang (aktif) .Kerana ada Ruhul-Quddus itu maka adanya Tujuh Lathoif dalam badan manusia.Adapun Lathoif Lathoif itu ialah:

Lathifatul Qalbi.
Lathifatul Ruh
Lathifatul Sirr
Lathifatul Khafi
Lathifatul Akhfa
Lathifatul An'natiqah
Lathifatul kulliman-jasad.



Maka kerana ada hubungan ruh dengan jasad itulah dinamakan lathifah (cakra) yang tujuh.
Maka aktiviti menyucikan dia dari balutan hawa nafsu haiwani dan syaitani) dinamakan SAWUF atau mujahidah dlm tarekat supaya nyawa yg jahil menjadi alim billah hati yang kotor menjadi bersih..maka nyawa yang alim dan hati yang bersih itulah yang sujud kepada Tuhan(solat-daim)siang dan malam (senentiasa) memuji Tuhanya dan kesukaan makan minumannya ialah kalimat LAA ILA HA ILLALLAH. 

Friday 26 July 2013

ZIKIR DENGAN JIHAR (SUARA LANTANG )OLEH SESETENGAH AHLI TAREKAT ITU ADAKAH MAKRUH LAGI BIDA'AH?

Oleh : Syeikh Tsn Zahratul Alam
(jawapan kepada beberapa pertanyaan dan kemuskilan).

Berzikir dengan jihar (mengeras dan menyaringkan suara) itu tidak makruh dan tidak juga bid'ah.kerana terdapat nasnya di dalam beberapa buah hadis yang menunjukkan mustajabnya (disukai) dari segi syara'berzikir dengan jihar....contoh hujjah oleh Al-Imam Jalaluddin. Abdul Rahman As-Sayuthi rahmatullahu alaih dlm kitabnya Al-Fataawa menghimpunkan dua puluh lima buah hadis yang menunjukkan mustajabnya berzikir dengan jihar.



Memang ada hadis-hadis yang menyatakan bahawa zikir khafi (perlahan atau lisan hati) itu afdhal.Tetapi pernyataan antara dua (method) hadis hadis ini tidak bercanggah sebagaimana diterangkan oleh Al-Imam Al-Nawawi dan Al-Imam As-Syayuthi r.a.....bahawa zikir yang khafi itu afdhal apabila ditakuti riya' atau mengganggu orang sekitar atau orang yang sedang tidur dan afdhal bagi orang yang hatinya sudah lembut dan suci murni yang sudah boleh tetap didalam musyahadah terhadap Allah SWT.TETAPI bagi orang yang hatinya masih keras kejur,masih menjadi sarang waswas dan khawathir atau lintasan-lintasan yang cemar dan masih mudah mengantuk dan terlelap maka para musyeikh (guru pembimbing dalam tarekat tarekat kerohanian) mengatakan bahawa mereka itu lebih sayugia berzikir dengan nyaring dengan suara keras (lihat situasinya..seperti tidak menjadi rada riya' dan tidak pula terjadi mengganggu orang lain sekitarnya) kerana zikir dengan jihar itu akan lebih cepat berkesan bagi melembutkan hati dan menolak segala waswas dan khatir yang cemar dan lebih segera menyinkatkan perjalanan menuju Allah Taala. Kerana para Musyeikh sudah mendapati dari pengalaman mereka sendiri bahawa method zikir demikian adalah mujrab lagi sohih.

Keputusannya..zikir yang khafi itu afdhal dan zikir jihar pun afdhal menurut keadaan syakhasiat-syakhasiat dan ihwal yang berbeza.Tetapi bagi wanita maka mereka ada diingatkan supaya menunduk atau memperlahankan suara untuk mengelak fitnah agar tidak tergoda orang-orang lelaki yang mendengarnya.. lagi pun ada ulama' yang menghukum bahawa suara wanita itu adalah aurat.

SEDIKIT INGATAN UMUM:
Berkata As-Samarqadi....Apabila berkata seseorang:Laa ilaaha illallah sedang hatinya pada dunia disurat baginya sepuluh kebajikan dan jika ada hatinya pada akhirat maka baginya rujuh ratus kebajikan dan jika ada hatinya serta Allah Taala maka baginya penuh barang yang antara masyriq dam maghrib itu kebajikan.

Wallahu a'lam Wabillahi taufiq wal hidayah.Wassalam.

Tuesday 23 July 2013

ISTILAH ISTILAH PENTING TASAUF

Oleh : Syeikh TSN Zahratul Alam

AL-FANA ITU APA?
AL-GHAIBAH ITU APA?
AL-SAKR ITU APA?
AL-HUDHUR ITU APA?
AL-DHAW ITU APA?
AL-SHURB ITU APA?
AL-RIYY ITU APA?

Perkara istilah di atas ada istilah yang diguna oleh ahli ahli tasawuf yang mengalami secara 'rasa'bukan setakat ilmu mengenainya dlm hal ini siapa yang alami dialah yang yang rasa..tetapi penerangan ini berguna bagi siapa yg mengalami secara majzub tampa guru resmi yg membimbingnya..biasa juga berlaku kepada ahli spiritual qalandariyyah (kaum sufi-darwis yg berpindah-pindah tempat atau berkelana yg tidak mengikut aturan aturan lazim kehidupan sufi dan perilaku sosial normal 'ikut gerak batin'...gulungan qalandar ini biasanya menyanyikan lagu-lagu cinta ketuhanan dan bisa berjalan di atas bara api dan memakan arang yang membara..mereka terkadang boleh membangkit kepekaan spiritual tetakala seseorang yang 'mencari kepekaan spiritual cinta ketuhanan apabila seseorang bersahabat atau berdampingan dengan mereka).

AL-FANA (hilang lenyap)  yakni hamba tidak berdaya melihat laku perbuatannya sendiri disebabkan berdirinya Allah (dlm penglihatan hamba berkaitan) melaksanakan laku perbuatan tersebut.

AL-GHAIBAH (ketiadaan) .Yakni hati menjadi tiada memiliki ilmu tentang apa yang sedang berlaku dalam hal ehwal makhluk kerana sedang sibuk dengan perkara yang mempengaruhinya.

AL-SAKR (kemabukan) yakni suasana ghaibah yang dihasilkan oleh suatu (pengalaman) warid yang hebat.

AL-HUDHUR (kehadiran) yakni hati sedang berada bersama Al-Haq ketika ia sedang berada dalam keadaan Al-Ghaibah daripada seluruh makhluk.

AL-DHAWQ (rasa/kecapan) yakni tahap awal/asas manifestasi Ilahi yang berlaku ke atas kesedaran individu.

AL-SHURB (minuman) yakni tahap pertengahan mendapat manifestasi Ilahi yg sasarannya adalah pada setiap maqam atau tahap kesedaran spiritual.

AL-RIYY (hilang dahaga) yakni peringkat manifestasi Ilahi paling penghabisan dalam setiap maqam.


SELAMAT MENEMPUH KESERONOKAN PERJALANAN SPIRITUAL SAMA ADA DENGAN PENGALAMAN DAN RASA ATAU PUN DENGAN ILMU.InshaAllah.Wassalam.

Sunday 21 July 2013

FAHAMI HAKEKAT BERDOA.

Oleh : Syeikh TSN Zahratul Alam 
(moga kita berlapang dada)

Andainya Allah mengabulkan permintaan seseorang hamba-Nya tidak bererti Ia tunduk kepada kemauan hamba atau Ia terpaksa berbuat demikian.Tetapi pengabulan doa itu sejalan dengan tulisan Qalam sejak zaman azali lagi hanya cuma menunggu masa dikabulkan doa itu.Inilah yang ditafsirkan para ariffinbillah tentang firman Allah:"Kulla yawmin huwa fi shaa'n"(Quran 55:29).Ertinya"Setiap saat,Dia dalam keadaan baru(dlm kelakuan-Nya).Bererti Allah mengkabulkan doa hamba itu pada saat-saat yang telah ditentukan.Maksud tersirat didalamnya ialah Allah tidak memberikan sesuatu kepada seseorang didunia ini kerana doanya secara melulu,demikian pula Ia tidak menjauhkan sesuatu disebabkan permintaan hamba saja...sebenarnya doa adalah tanda penghambaan dan ibadah.
Wallahu a'lam