Friday 12 July 2013

KAIFIAT SOLAT SUNAT TAUBAT

صلاة التوبة
1.    Solat sunat Taubat adalah satu solat yang disunatkan. Dikerjakan solat ini ialah sesudah seseorang melakukan kedosaan atau merasa berbuat dosa, lantas bertaubat kehadrat Ilahi.
2.    Bertaubat dari suatu kedosaan itu, iaitu menyesal akan perbuatan yang dilakukan , bercita-cita tidak kan melakukannya lagi dan memohon keampunan dari Allah
3.    Solat sunat taubat boleh dilakukan bila bila masa, selepas tiap-tiap 2 rakaat. Rakaat yang sebenarnya tidak terbatas. Waktu yang afdhol ialah tengah malam.

KAIFIAT SOLAT SUNAT TAUBAT
Lafaz Niat Solat Sunat Taubat
اُصَلِّى سُنَّةً اتَّوْبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلّهِ تَعَالَى
اللهُ اَكْبَـرُ
Rakaat  Pertama
·       Al-Fatihah
·       Ayat Kursi 1/11 kali

Rakaat Kedua
·       Al-Fatihah
·       Qulhu wallah 1/11 kali

ATAU
Rakaat Pertama
·       Al-Fatihah
·       Kul yaa ayuhal kafirun 1/11 kali
Rakaat Kedua
·       Al-Fatihah
·       Qulhu wallah 1/11 kali

Semasa sujud akhir baca
لاَاِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ ســُبْحَنَانَكَ اِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ
LAILAAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMI

Selepas salam beristifar 70 kali
اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ الَّذِى لاَاِلَهَ اِلاَّ هُوَ الحـَىُّ القَوُّمَ وَاَتُوبُ اِلَيْهِ
ASTARFIRULLAHAL AZIM ALLAZII LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM WA ATU BU ILAIH

Kemudian baca doa taubat dengan penuh rasa menyesal kerana melakukan kesalahan terhadap Allah dan berharap mendapat keampunan hingga mengalir air mata

نِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الاَنْبِيَا وَالـمـُرْ سَلِيْنَ وعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَرْحَمْنِى وَتُبْ عَلَيَّ
Tuhanku ampunilah aku, kasihanilah aku dan terimalah taubat
اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَا بُ الرَّحِيْمُ
Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihi
اللَّهُمَ اَنْتَ رَبِّي لاَاِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau
خَلَقْتَنِيْ وَاَنَا عَبْدُكَ
Engkau yang telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMu
وَاَنَا  عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ
Dan aku atas janji  dan perjanjian engkau akan apa-apa yang aku sanggup
اَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ
Aku berlindung dengan Engkau dari apa-apa  yang  kuperbuat
اَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَاَبُوءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْلِي
Aku mengaku banyak mengecap nikmatMu dan aku mengaku banyak melakukan dosa, ampunilah aku
فَاِنَّهُ لاَيَغْفِرُ الذُّنُوبَ اِلاَّ اَنْتَ
Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa selain Engkau
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن



No comments:

Post a Comment