Friday 26 July 2013

ZIKIR DENGAN JIHAR (SUARA LANTANG )OLEH SESETENGAH AHLI TAREKAT ITU ADAKAH MAKRUH LAGI BIDA'AH?

Oleh : Syeikh Tsn Zahratul Alam
(jawapan kepada beberapa pertanyaan dan kemuskilan).

Berzikir dengan jihar (mengeras dan menyaringkan suara) itu tidak makruh dan tidak juga bid'ah.kerana terdapat nasnya di dalam beberapa buah hadis yang menunjukkan mustajabnya (disukai) dari segi syara'berzikir dengan jihar....contoh hujjah oleh Al-Imam Jalaluddin. Abdul Rahman As-Sayuthi rahmatullahu alaih dlm kitabnya Al-Fataawa menghimpunkan dua puluh lima buah hadis yang menunjukkan mustajabnya berzikir dengan jihar.



Memang ada hadis-hadis yang menyatakan bahawa zikir khafi (perlahan atau lisan hati) itu afdhal.Tetapi pernyataan antara dua (method) hadis hadis ini tidak bercanggah sebagaimana diterangkan oleh Al-Imam Al-Nawawi dan Al-Imam As-Syayuthi r.a.....bahawa zikir yang khafi itu afdhal apabila ditakuti riya' atau mengganggu orang sekitar atau orang yang sedang tidur dan afdhal bagi orang yang hatinya sudah lembut dan suci murni yang sudah boleh tetap didalam musyahadah terhadap Allah SWT.TETAPI bagi orang yang hatinya masih keras kejur,masih menjadi sarang waswas dan khawathir atau lintasan-lintasan yang cemar dan masih mudah mengantuk dan terlelap maka para musyeikh (guru pembimbing dalam tarekat tarekat kerohanian) mengatakan bahawa mereka itu lebih sayugia berzikir dengan nyaring dengan suara keras (lihat situasinya..seperti tidak menjadi rada riya' dan tidak pula terjadi mengganggu orang lain sekitarnya) kerana zikir dengan jihar itu akan lebih cepat berkesan bagi melembutkan hati dan menolak segala waswas dan khatir yang cemar dan lebih segera menyinkatkan perjalanan menuju Allah Taala. Kerana para Musyeikh sudah mendapati dari pengalaman mereka sendiri bahawa method zikir demikian adalah mujrab lagi sohih.

Keputusannya..zikir yang khafi itu afdhal dan zikir jihar pun afdhal menurut keadaan syakhasiat-syakhasiat dan ihwal yang berbeza.Tetapi bagi wanita maka mereka ada diingatkan supaya menunduk atau memperlahankan suara untuk mengelak fitnah agar tidak tergoda orang-orang lelaki yang mendengarnya.. lagi pun ada ulama' yang menghukum bahawa suara wanita itu adalah aurat.

SEDIKIT INGATAN UMUM:
Berkata As-Samarqadi....Apabila berkata seseorang:Laa ilaaha illallah sedang hatinya pada dunia disurat baginya sepuluh kebajikan dan jika ada hatinya pada akhirat maka baginya rujuh ratus kebajikan dan jika ada hatinya serta Allah Taala maka baginya penuh barang yang antara masyriq dam maghrib itu kebajikan.

Wallahu a'lam Wabillahi taufiq wal hidayah.Wassalam.

No comments:

Post a Comment