Friday 12 July 2013

MARI KITA MENJADI AHLI ZIKIRULLAH


Oleh : Syeikh TSN Zahratul Alam

Bismillahir-rahmani-rahim.
Pada peringkat permulaan mengamal zikir mungkin seseorang ibarat anak kecil yg belum memahami penggunaan kalimah zikirullah supaya mendatangkan kesan pada dirinya.Ibaratnya meskipun ditangannya ada pedang Allah (zikirullah) tetapi pedang itu tidak berguna sebab anak itu tidak tahu bagaimana cara menetaknya. Oleh itu ia perlu belajar dan berlatih dengan bimbingan atau petunjuk gurunya (sebaiknya ahlu thoriqat zikirullah) sehingga anak itu tahu cara mamfaatkan zikirullahnya.


Lisan yang senentiasa basah dengan zikirullah dan hati serta nyawa yg senentiasa hadhir mengingati Allah akan memberi kekuatan jiwa dan memancarkan cahaya keruhanian...Suluhan cahaya keruhanian (Nur Ilahi) itulah yang menjadi alat kenderaan serta menyinari (menjiwai) kehidupannya yang di redhai Allah.

Bagi sesiapa yang belum tahu atau kurang berzikirullah atau merasa keberatan untuk berzikir maka tandanya seseorang itu jauhnya daripada Allah. Justru perlulah seseorang menyedari bahaya kejauhan daripada Allah dan perlu lah memperbaiki dirinya dalam perjalanan hidupnya.

Pada permulaan untuk mendapat faedah yang sempurna bagi orang yang baru mula menjadi ahli zikir dengan lisan hendaklah memaksa dirinya sungguh sungguh supaya hatinya turut serta berzikir (sebaiknya mengikut method atau petua yang diajar oleh guru thoriqatnya ini lebih mudah berhasil). Pada peringkat awal adalah dengan cara memaksa. Kemudian setelah bersusah payah memaksa diri (mujahadah) untuk membiasakan (istiqamah) barulah inshaAllah dapat merasai kelazatan zikir.Segala hijab (tutupan) yang menggelapkan hati inshaAllah diterangi cahaya daripada Allah. Hati akan hadhir sendiri  (ketika berzikirullah) tanpa dipaksa lagi.Kedudukan (makam zikir) pada tahap ini ia tidak sabar (rindu) mahu berzikir dan hati juga nyawanya tidak lalai lagi terhadap Allah dan hatinya selalu disinari oleh cahaya Allah (Nurullah) dan seterusnya menggapai makrifatullah melalui jalan zauq (rasa)  dan haqqul-yaqin atau kamalul-yaqin. InshaAllah Wabillsahi taufiq wal-hidayah.

Wassalam

No comments:

Post a Comment