Tuesday 9 July 2013

SOLAT DAIM


Oleh: Syeikh TSN Zahratul Alam




video oleh USTAZ nih

Ada beberapa sahabat dan murid penggemar aliran kerohanian dan hakikat makrifat bertanya tentang fatwa ustaz yang dalam video ini yang menyatakan sesatnya fahaman atau peramalan solat daim yang dikatakan tiada dalam islam-akibatnya timbul kontravasi dan waswas dikalangan penuntut aliran kerohanian. 

Bismillahi rahmani rahim.Allahumma salli ala sayyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wasahbihi wasallim. Di dalam Al-Quran ada menyebut: "Hendaklah kamu menjaga solat-solat-solatmu dan solat wustha(yang di tengah)"(Al-Quran).
yang dimaksudkan dengan solat oleh ahli fekah(syariat- zahir) ialah gerakan seluruh badan yg zahir..seperti berdiri,lidah membaca,ruku',sujud,duduk,mengeluarkan suara dan bacaan-bacaan tertentu..oleh kerana itu di dalam Al-Quran disebut 'salawat'(beberapa solat). Akan tetapi dalam ilmu thoriqat dan hakikat kerohanian adalah solatnya hati sepanjang masa dan selamanya sebagaimana tersebut di dalam Al-Quran"Solatul Wustha"iaitu solat hati,kerana hati berada di tengah badan;antara kanan dan kiri,antara atas dan bawah,antara bahagia dan celaka. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia ada di antara dua jari-jari Allah.Allah membolak-balikkannya sesuai dengan kehendakNya". Dari ayat dan hadits tersebut di atas dapat diketahui solat yang pokok ialah solat hati.Bila solat hati dilupakan maka rusaklah solatnya.Apabila rusak solatnya hati maka rusak pulalah solat seluruh badan.Sabda Rasulullah s.a.w."Tidak sah solat seseorang kecuali disertai dengan hadhirnya hati". Solat pada Syariat (feqah) mempunyai waktu khasnya tertentu di dalam sehari semalam sebanyak lima kali yg di fardhukan dan sunat dilakukan di mesjid dengan berjemaah. Sama-sama menghadap ke arah kaabah dan mengikuti imam, tampa riyak dan sum'ah. Solat thoriqat dan hakikat atau kerohanian tasawwuf dilakukan selamanya (daim) selamanya tanpa batas waktu selama hidup didunia dan di akhirat nanti.Mesjidnya ialah hati.Berjumaahnya ialah terpadunya kesucian batin dengan selalu memperdengarkan tauhid dengan lisan batin.Imamnya ialah rada rindu di dalam hati untuk sampai(wusul)kepada Allah.Kiblatnya ialah Hadhirat Allah Yang Maha Tunggal dan keindahan ketuhanan.Itulah qiblat yang hakiki.Hati dan ruh selamanya (Daim) tidak terlepas dari solat ini.....Adakah sesat ini?. Hakikatnya hati tidak pernah tidur dan tidak akan mati tetapi ia selalu punya kegiatan disaat tidur mahu pun jaga.Solat hati dilakukan dengan hidupnya hati tanpa suara,berdiri dan duduk,ia selalu berhadapan dengan Allah dan senentiasa siaga dengan ucapan"KepadaMu kami beribadah dan kepadaMu kami mohon pertolongan"dan mengikuti Nabi Muhammad s.a.w. kerana begitulah keadaan Nabi s.a.w...maka sesatkah ini..? Ayat "iyya kana'budu wa'iyya kanas ta'iin"mengikut tafsir Al-Qadhi disebut bahawa ayat ini merupakan isyarat tentang hati seseorang yang sudah makrifat kepada Allah,yang telah berpindah dari keadaan ghaib(memandang Allah secara ghaib)beralih kepada Hadrat Ahdiyat(Selalu merasa bersama Allah) sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w."Para Nabi dan para wali senentiasa salat(Daim) walau telah berpindah alam(wafat),seperti halnya mereka salat di rumahnya"yakni mereka selalu bermunajat dengan Allah kerana hatinya sudah hidup...adakah sesat ini...?
Bagi gulongan thoriqat,hakikat dan keruhanian seseorang akan putus perhubungan dengan Tuhan andai bergantung kpd solat lima waktu saja..sedang ada antara sufi sejati menyatakan'lupa daku sesaat terhadap Tuhanku aku menghukum diri ku kufur'..oleh itu seseorang henklah tahu 'solat daim'(dengan bergiru)iaitu solat yang sangat agong dalam nisbah hubongan seorang insan dengan Rabbnya....adakah ini sesat?
Orang 'Arifinbillah berpendapat bahawa sembahyang atau solat itu ialah: jasad ialah Nafas ialah Hati ialah Rahsia (Sirr) ialah nyawa....contoh:Adapun solat jasad (tubuh) membawa fardhu dan sunat. Solat Nafas ialah"Keluar dan masuk dalamnya..syurga yang mulia. Solat Qalbi (hati) ialah putus daripada nakhluk dan diikatkan hati serta Allah iaitukah dalam keadaan solat yang berkekalan (Solat Daim)...sesatkah ilmu ini?


KESIMPULANNYA:
Fikirkan dan ambil i'tibar daripada sabda Rasulullah s.a.w. walaupun kita ini belum  mengentahui cara(methodologi) solaltu-daim atau solat berkekalan yg di sekilas saja dibicarakan ini.Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya ada sebahagian ilmu yang di ibaratkan permata yang terpendam,tidak dapat mengentahuinya kecuali Ulama Billah. Apabila mereka mengungkapkan ilmu tersebut maka tidak seorang pun yang membantahnya kecuali orang orang yang tidak faham tentang Allah"(HR.Imam Tirmizi RA).

10 comments:

  1. Alhamdulillah. Saya amat bersetuju Dengan tuan. Sesungguhnya kita sebagai hamba wajib mengingati penciptanya sentiasa dan setiap saat. Zahir dan batin. Nak mendalami apa yang diperkatakan, carilah guru yang benar peganggannya dan matlamatnya iaitu hanya mencari keredhoan Allah SWT dan bukan yang lain selainnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik sy pun sgt setuju hanya shj ingin mendpt kepastian... apakah bl sudah dpt mengingat Allah sentiasa... melakukan solat daim... sentiasa 'solat' sentiasa mengingat maka gugur wajib solat syariat yg zahir... iaitu fardhu 5 waktu, puasa, zakat dll rukun Islam...?

      Delete
    2. berdiri lah mcm rasulullah... baginda x pernah tinggal solat dan lain2 syariat sampai akhir hayat...sedangkan baginda lah yg sgt2 mengenal allah...wallahualam

      Delete
  2. Ya saya bersetuju dengan Arita.....sila jawab soalan Arita....

    ReplyDelete
  3. Perkara fardhu tetap menjadi kefardhuan untuk dilaksanakan. Ulama sufi ada berkata "syariat tanpa hakikat adalah kufur, hakikat tanpa syariat adalah zindiq".. Wallahu'alam

    ReplyDelete
  4. Solat daim kurniaan tuhan atas hambaNya..tiada campur tangan makhluk..hamba itu akan menjadi roh urusan Allah..hamba yg memperoleh nya merasakan dirinya yg diingati Allah bukan dari hamba cuba mengingatiNya(solat fardhu)..hilanglah hamba itu kesedaran manusia..terbukalah hijab dan kesedaran roh menguasai hamba itu..masuklah ia kedalam alam rahsia diantara hamba dan pencipta...

    ReplyDelete
  5. Semoga org org yg menafikàn solat daim ni faham istilah daim ni.. yg nak kasi fahàm Allah jua nanti..

    ReplyDelete
  6. pangkal nya........AWALLUDDIN MAKRIFATULLAH... Man arofa nafsahu..faqad arofa robbahu...

    ReplyDelete
  7. salam,
    nak tanya.. kalau solat fardhu tu masih juga perlu dibuat,
    saya jadi ragu2 sebab dibacakan satu ayat yang lebih kurang bunyi dia 'celaka lah orang-orang yang sembahyang' sebab sepastinya saya tak mampu untuk kusyuk.

    ReplyDelete