Ketahuilah setiap ketika keluar masuk nafas kita ada
penilaiannya ke atas kita kerana ia memerlukan tajalli(manifestasi) dan tajalli
itu pula memerlukan makrifat. Dan makrifat itu pula mewajibkan kita berpelakuan ubudiah(tetap merasa diri
sebagai hamba Allah) yang mana paling minima perlakuan ubudiah itu ialah tidak
iktiradh di atas takdir yang menimpa kerana melihat betapa lemahnya diri
sedangkan Tuhan tetap tegak bersendirian dengan segala keagongan dan
kebesaran-Nya. Oleh itu setiap nafas itu hendaklah kita guna pakai dalam
memanfaatkannya untuk berjalan menuju Tuhan. Ada empat jenis tajalli yang patut
di perhatikan dalam setiap masa keluar masuk nafas iaitu:
1.Manifestasi dlm bentuk rupa dan warna seolah-olah dalam
lukisan.
2.Manifestasi dalam lakuan,tindakkan dan kejadian.
3.penzahiran dalam sifat,kualiti atau juga watak sesuatu
perkara.
4.tajalli atau manifestasi Zat(andainya di kurniakan).
Jelas betapa besar dan luasnya peranan dan fungsi nafas dalam
kehidupan yang di kurniakan Tuhan kepada kita dan dalam usaha kita berhubung
dengan Tuhan kita Allah SWT. Nafas boleh digunakan sebagai alat untuk
mengingati Allah yang diperintahkan kepada kita pada setiap saat dan situasi
kita kerana ialah di gelar BAPAK SEGALA ZIKIR. Ini kerana apabila seseorang itu
sudah menguasainya atau sudah sebati maka ia akan terus tenggelam dalam zikir
itu dan mencapai darjat SOLATUD-DAIM.Bila mana sudah berhimpun
NAFAS,AMFAS,TANAFAS DAN NUFUS dalam lautan zikirullah maka ia
insaAllah mencapailah darjat nyawa mukmin sejati atau
darjat di sebut INSAN SIRRULLAH.
Justeru itu jalan menuju ke arah Allah yang di cinta boleh
berdasarkan bilangan nafas kita yang keluar masuk yang di katakan berjumlah
24,000 sehari semalam maka sebanyak itulah bilangan zikirnya terhadap mahbubnya
yaitu Allah SWT. Demikian juga dia telah memenuhi adabnya terhadap Tuhannya
kerana nafas itu di jadikan demi untuk Tuhan tetapi bukan untuk diri hamba
namun begitu setiap nafas itu sebenarnya adalah khazanah amal yang memberi
mamfaat kepada hamba juga. Maka kita tidak seharusnya sibuk dengan makanan
jasmani yg boleh melalaikan tetapi sibuklah dengan nafas yang tidak luput
dengan zikirillah dan makanan nafas yang sebenarnya ialah zikirillah. Demikianlah
betapa ahli sufi dan ahli hikmat memandang berat dan amat berharganya ilmu
nafas itu yang boleh membuka pula ilmu miftahul-ghaib.
Ilmu nafas juga merupakan MURAQABAH yang tinggi dalam makam
SULUK. Ada pun kehendak nafas,amfas,tanafas dan nufus kepada tuannya (badan ) ialah
supaya menjadi salah satu daripada lima yang berikut:
1. Menjadi orang solihin
2. Menjadi ahli taqwa
3. Menjadi hamba yang SEMBAHYANG BERKEKALAN (solatud-daim).
4. Supaya sentiasa dalam musyahadah `Syuhudul wahdah fil kathrah
atau syuhudul kathrah fil wahdah.
5. Supaya ada Zat Insan kepadanya.
Ada juga satu lagi kaedah untuk mencapai darjat HUDHUR berasama
ilmu zikir nafas ini dengan melakukan juga MURAQABAH THARFATUL AIN (kelipan
mata) dengan jalan mentahkikkan(kesungguhan hati) dengan MEMANDANG HAQ TAALA
dalam bathinnya dan (dengan musyahadah) tampak ZAHIR-NYA pada setiap
masa.Sehingga dengan pemandangan demikian secara SIRR terjadilah pengawasan
Allah SWT ke atas segala gerak gerinya lalu menghasilkan HUDHUR HAQ dan
melimpahruahkan pengawasan NYA ke dalam hati dan setiap anggota tubuh badan
hamba NYA dalam segala gerak dan diamnya pada setiap saat waktu dan situasi.Seseorang
yang mahu tahkik dengan ilmu nafas dan tareqat amalan ini dalam
perjalanan kerohaniannya hendak lah ia mencari Mursyid yang Rabbani yang
mempunyai tali temali amalan ini supaya ilmu dan amalannya menjadi
baik yaitu sempurna.
Wallahu `alam.
Ingatan kuliah di PIFKI Gelugor Kedai
K.TRG. 9.jun 2011.Malam jumaat.
No comments:
Post a Comment