Wednesday 26 June 2013

KENAPA PERLU SEMBUNYIKAN ILMU KPD YG TIDAK LAYAK MENERIMA



Imam Al-Ghazali bahawa ILMU MUKASYAFAH(Terbuka tirai) itu tidak sama dgn ilmu eksak dll yg memiliki method-method sistematika tertentu.Tetapi ilmu mukasyafah di sebutkan sebagai`Fauqa thuril`aqli`maknanya`DIATAS PUNCAK AKAL`.Fahamilah bahawa peredaran akal saseorang paling tinggi adalah pada suatu  Batas Titik Optimum...yang kemudian hanya boleh menurun kembali.Sedangkan ilmu ini berada pada ORBIT YANG TIDAK MUNGKIN DAPAT DICAPAI OLEH AKAL....Hal itu hanya dapat diperolehi dengan NUUR dari Yang Maha Mencipta akal(Allah)sahaja.Dalil adanya ilmu yang amat halus/tersembunyi seperti yg dimaksudkan oleh Rasulullah melalui suatu hadis:
`Inna minal ilmi kahai`atil-maknuunni laa ya`rifuhu illa ahlal-ma`rifati billaahi..........`Ertinya:Sesungguhnya ilmu itu (yg halus/yg tersembunyi) adalah laksana barang berharga yang tersimpan.TAK ADA YANG MEMAHAMINYA KECUALI GULONGAN `ARIF BILLAH...........`
Sungguh pun boleh dihujjah ilmu demikian apabila akal tidak berperanan kenapa dipanggil ilmu..saya tegaskan setiap ilmu yang termasuk dalam ruang lingkup KEIMANAN DAN TAUHID dan ada juga antaranya yang tidak dapat di jangakau akal fikir manusia..namun tidaklah bererti hal itu berada diluar katagori kata Ilmu.Begitulah juga halnya ilmu mukasyafah ini yang disebut: La yujadu waro-ahu marmal inzhor`Ertinya: `Tidak ada lagi batas pandang sesudah itu/dibelakangnya.

KENAPA  ILMU MUKASYAFAH PERLU SEMBUNYIKAN KPD YANG BUKAN AHLINYA.
1.IMAM AL-GHAZALI r.a. dalam Ihya menyatakan keharusan menyembunyikan(bukan kerana sombong atau kedekut ilmu)apa yang di dapat dalam saat terbuka tirai(mukasyafah)sama ada apakah itu berupa pengertian-pengertian atau hal-hal yang ghaib lainnya iaitulah SUATU KEADAAN YANG BERSIFAT INDIVIDUAL untuk peribadi yang dikehendaki Allah,berfungsi sebagai `SUATU RAHSIA TERSEMBUNYI` yang hanya diketahui antara si penemu dengan Allah SWT.
Mengikut Al-Ghazali penyebaran berita atau ilmu atas apa yang ditemukan itu secara terbuka dan meluas amat banyak kemungkinan mendatangkan fitnah,tuduhan-tuduhh dan negatif kepada yang tidak faham yang tidak boleh difikirkan oleh akal si pendengar[dan pembukaan apa yang ditemukan itu kepada umum kemungkinan terjadilah terajidi seperti apa yang berlaku kepada Syeikh Mansur Al-Halad suatu masa yang lampau kerana ia adalah hal yang`DI ATAS PUNCAK AKAL`dan kalau tidak cermat dan berhati-hati boleh pula menimbulkan`ujub`diri kepada si penemu (the faunder) sendiri akibatnya boleh menghancurkan nilai-nilai penemuanNYa.Nauzubillaahizaalik.

2.RASULULLAH SAW juga ada berpesan tentang penyampaian ilmu bathin iaitu`ala qadri`uqulihim`yaitu`sepadan dengan sepanjang ukuran akal mereka yang menuntut`...ada yg berpendapat memberi ilmu bathin hendaklah bila 1.seseorang telah mantap ilmu syariat dan thoriqatnya 2.diatas umur 40 th kerana diusia itu sesaorang dianggap sudah stabil dan 3.tidak terlalu terikat dengan urusan duniawi..maka dengan syarat itu mereka berpendapat akan lebih cepat mencapai tujuan.Dipehak lain pula berpengertian`Ala qadri`uqulihim` itu ialah syarat 
1.      Ada minat yang kuat untuk menuntut i.e.sudah ada Nuur dari Allah SWT.
2.      sudah memahami secara global pokok-pokok ajaran Islam/iman dan
3.      Usia dewasa yang memiliki kecerdasan yang memadai untuk memahami hal-hal yang halus-halus.penyampaian ilmu bathin tidak boleh kepada kanak-kanak bawah umur atau orang yang nyata masih memilikki ciri-ciri kebebalan`Guru arif murid bijaksana baru berhasil`itu pesanan salah seorang guru saya Pak Long  Hamzah Setiu.... Guru kepada Al-Marhum Sultan Abu Bakar Pahang.Malaysia.

Adapun  anjuran Rasulullah SAW berbunyi`Ballighu `anni wa-lau aayat`..`sampaikan dariku miskipun satu ayat`..memang perinsip yang harus menjadi pegangan...tetapi tentu saja sambil memperhatikan situasi dan kondisi serta peribadi-peribadi sebagai objek penyampaian ilmu...jangan terjadi penyampaian ilmu bathin(yang halus dan rahsia)kepada gulungan yg diistilahkan oleh Rasulullah SAW golongan IGHTIRAR separti dari hadis.....`Laa ya`rifuhu illaa ahlal-maghrifati billah faizaa nathaquu bihi lam yajhilhu illaa ahlal-ightirar...maksudnya`Tak ada yang memahaminya kecuali golongan arifbillah.bila mereka bicara tentang ilmu itu tidak ada yang menyepelekan kecuali golongan`ightirar`(berhati lalai).

TENTANG ILMUN BAINAHU WABAINALLAH...yaitu ILMU ANTARA DIA DAN ALLAH.
Mengenai ilmu ini ada juga yang menyebut`ulumun dzauqiyyatun kasyifiyah` ertinya ILMU PERASAAN YANG TERBUKA CERAH.Walaubagaimana pun juga tetap tersembunyi.Dalam Quran disebut`ILMU LADUNI`.Ia adalah suatu bentuk Ilmu yang tidak melalui jalur upaya pendidikkan(ilmu iktisab).Ia hadhir dengan sifat yang jelas yang dalam keadaan ini tidak memerlukan pemikiran dengan dalil seperti dlm tafsir QURTHUBY....`Maka terbukalah hijab/tutupan,lalu mereka melihat kepadaNYa.Demi Allah,tidak pernah Allah memberikan kepada mereka sesuatu yang amat menyenangkan mereka itu kecuali penglihatan itu (Mukasyafah)
Note khas:peristiwa penyingkan begini alhamdulillah saya telah alaminya ketika menerima baiah Tareqat Amfasiah dari guru saya arwah  Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman Tumpat Kelantan dan Guru beliau Tuan Guru Tok Omar Gunung Kelantan yg talian sanadnya dari Syeikh Sidi Ahmad Melaka...(tajalli penyingkapan itu berlaku diatas puncak sebatang kelapa dihadapan rumah guru) yang mana tiada kata kata yang dapat digambarkan bilamana selepas itu penyingkapan demi penyingkapan ghaib berlaku kpd saya selama 2th...pernyataan saya ini hanya sebagai membenarkan ilmu yg saya perkatakan ini.Saya berlindung diri dgn Allah daripada perasaan ujub dan sombong diri kerana pernyataan yg tak patut dikeluarkan oleh saya ini jika tiada sebab yang selayaknya untuk diperkatakan di sini. Pernyataan bahawa`Melihat Tuhan boleh terjadi di dunia dengan pandangan mata bathin yang mendapat nuur dari Allah swt ini disebut juga oleh Syeikh Junid r.a.disebutnya degan istilah NURUL IMTINAN dengan lain kata itulah juga disebut sebagai Nur Mukasyafah...beliau sufi agong yang sangat teguh memegang syariat.Bahkan Rasulullah pula menurut Syeikh Ibnu Hajar Haitami menyatakan tentang Rasulullah dimalam isra`:`Bahkan sepakat kalangan Ahlus Sunnah mengatakan tentang terjadinya Rasulullah melihat Tuhan di malam Mi`raj dengan nyata/mata`.

Dalam hal ilmu Nuur Imtinan itu pula bahawa `Penglihatan`di maksudkan bukanlah melihat KUNHI ZAT-NYA. Namun penglihatan kelak di akhirat pendapat kebanyakan ulama Arifbillah adalah jauh lebih jelas dan lebih nyata dibanding dengan apa dan bagaimana disingkapkan kepada mereka di dunia sekarang.

`....KAMU TIDAK AKAN DAPAT MELIHAT AKU.....`(QS.Al-`Araf:143) itu suatu statemen Allah kpd Nabi Musa a.s yaitu bagaimana pun juga mata kepala yg berbentuk bundar terletak di tengah rongga mata dengan daya lihatnya,tidak akan dapat melihat Tuhan...Tetapi tidak bererti menutup kemungkinan untuk dilihat dengan mata hati.Bila mata hati itu telah dilengkapi oleh Allah dengan NURNYA yang kemudian disebut dengan NUR BASHIRAH(cahaya pandangan batin) dan kemudian terdapat pancaran dan nyata pandangan batin yang disebut`SYI`A-UL BASHIRAH`mampu menguasai pandangan mata-kepala(bashar)yang kemudian mata-kepala sama seakali tidak berfungsi termasuk tidak berfungsinya daya fikir dan seluruh kemampuan fizikal..ketika ini digambarkan dengan istillah`FANA-DZAUQI`maka pada kondisi itulah terjadinya MELIHAT TUHAN.

TUHAN TAJALLI PADA GUNUNG[ THORSINA](Al-A`raf:143)...bukanlah bererti`Allah menampakkan diriNYa mengambil tempat pada Gunung (Thorsina) itu.Allah Maha Esa,Maha meliputi,mustahil bagiNYA menempati ruang dan tempat dalam keadaan insidentil atau permanen.Sayyidina Ali  k.w. berakata: `Laisa lahu makaa nun walaa zaman fakhalaqal-makaa na waz-zaman`Ertinya:`Allah tidak bertempat,Dia lah yang menciptakan waktu dan tempat`.[kitab Aiqazhul-Himam]..jadi pengertian Tajalli yang saya MAKSUDKAN ialah TAJLLI YG MENAMPAKKAN DIRINYA SENDIRI TAMPA ADANYA YANG LAIN DARI DIA.DENGAN KESEMPURNAAN SIFATNYA,NURNYA YANG LAISA KAMITHLIHI SYAI`UN-Tiada ada sesuatu dan satu pun yang seumpama/menyamaiNYA.....Tiada pena yang dapat melukiskan dan tiada kata yang dapat diucapkan,tiada huruf yang dapat di rangkaikan....Ini lah Yang tidak dapat diajar kpd murid.. bukan kerana guru sombong atau kedekut...sombong itu sifat syirik yag sangat besar dan kedekut ilmu itu satu dosa...Adapun tajalli Allah pada gunung,merupakan isyarat bahawa Allah boleh saja bertajalli kepada apa pun dengan kehendakNYa dan dengan IzinNYa walau pun diatas puncak sebatang pokok kelapa atau atas siapa yang dikehendakinya lebih-lebih lagi kepada Rasul-Rasul dan Nabinya dan Para WaliNYa ...MasyaAllah...Subhanallah..............Setakat itu saja yang dapat dihuraikan untuk membetuli suatu tanggapan yang mungkin kerana tidak mendapat suatu penjelasan yang terang.Wallahu`alam.Wabillahi-taufiq wal hidayah.Wassalam.


No comments:

Post a Comment