Friday 21 June 2013

PENGENALAN THORIKAT SYATHORIYYAH NEOSUFISME

Bismillahir-Rahmanir-Rahim.Alhamdulillahi-Rabbil a`lamin wabihi nastai`n wala haula walaa quwwata illabillahil aliyyil adzim.Wasallallahu ala sayyidina Muhammadin sayyidil-ambia`i wal mursalin wa a`laa ahli baitihi wazurriyyatihi wa ashaabihi thoyyibin wal a`lal- musliminna wal muslimat wal mu`mininna wal mu`minat.Amin ya Rabbal a`lamin.

 KEMUNCULAN TAREKAT TASAWUF.

Semua tarekat muktabarah yang ada semenjak zaman awal kemunculannya hingga ke hari ini adalah sebuah organisasi  persaudaraan spiritual yang kemas dalam dunia tasawuf Islam.Walaupun pelbagai nama dan aliran tarekat tasawuf  yang wujud tetapi adalah menuju muara yang satu.sejarawan mengatakan tarekat Islam secara resmi di ketahui ialah mulai abad ke 8 hijrah namun ada yang berpendapat pada abad ke 6 malah ada yang mengatakan pada abad yang ke3 hijarah lagi.Namun begitu sumber dasar peramalannya mempunyai hubungkait secara langsung atau pun tidak langsung dengan intipati pengajaran agama Islam yang merangkumi tiga demensi iaitu Iman,Islam dan Ihsan yang wajib di realisasikan dalam penghayatan agama.

Sumber tariqat-tasauf adalah Al-Quran dan As- Sunnah ia dikembangkan oleh perintisnya atas nama tariqat yang tertentu walau pun di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat tidak dinyatakan dengan nama tarikat tasawuf tertentu.Sama lah juga seperti ilmu fekah aliran imam tertentu yang ternyata zahirnya nama nama mazhab fekah imam syafie,Imam Hanafi,Maliki dan Hambali dan lain-lain begitu juga ilmu akidah tauhid aliran imam Abu As- Asya`ri  atau pun mazhab Qadariah,Mu`tazilah dan lain lain itu tidak juga ada disebut  pada zaman Rasulullah SAW dan zaman para  sahabat.Tetapi ianya diterima pakai[aliran imam-iman mazhab fekah]dalam melaksanakan ibadat kepada Allah.

PENGENALAN RINGKAS TAREKAT-TAREKAT SUFISME DALAM ISLAM.

Asas Tareqat Syattariyyah telah dikaitkan oleh sajarawan bahawa sanadnya adalah daripada Rasulullah SAW yang intipati peramalannya dasarnya[akar amalan zikirillah]diturunkan melalui sahabat,sepupu dan juga menantu kepada Baginda iaitu Sayyidina Ali Karramallahu wajhahu yang kemudian diturunkan pula kepada anakanda baginda Sayyidina Hussein Asy-Syahid r.a. dan seterusnyalah hingga kepada pengamal-pengamal tariqat ini tali temali hingga ke hari ini yang dipimpin oleh para Syeikh dan Khalifahnya daripada satu generasi ke satu generasi.

 Nama tarekat tertentu memang tidak wujud dan tidak disebut apabila melakukan apa-apa peramalan wirid zikir dan doa dan lain-lain peramalan seperti perilaku adab zohir dan batin seorang salik dalam bertariqat-tasawuf pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat dan juga zaman salaf as-salih sungguh pun perkara-perkara amal ibadah seperti dalam peramalan tareqat itu ada  diamalkan oleh mereka atau pun dalam tradisi Islam yang lebih awal lagi daripada abad ke 8 Hijrah. Maka sebagai pengenalan kepada organisasi tarekat-tarekat terentu dalam abad-abad perkembangan Islam kemudiannya terutama dalam bidang kerohanian penganutnya maka hampir semua aliran tarekat yang dikenali saat kemudiannya itu selalu dinisbatkan kepada nama-nama para wali atau ulama mursyidin berabad-abad setelah berlalunya zaman Rasulullah SAW.

Contohnya: Tarekat Qadiriyah dinisbatkan kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jilani(471-561 H).Tarekat Syuhrawardiyyah dinisbatkan kepada Syeikh Syihab al-Din Abu Hafsh al-Syuhrawardi(539-632 H).Tarekat Rifaiyyah inisbatkan kepada Syeikh Ahmad bin Ali Abu al-Abbas al-Rifa`iyyah(wafat 578 H).Tarekat Syadziliyyah dinisbatkan kepada Abu al-Hasan Ahmad bin Abdullah-Syazili(593-656 H).Tarekat Naqsabandiah dinisbatkan kepada Syeikh Baha al-Din al-Naqsaband(717-791 H) dan seterusnya lah begitu banyak lagi tarekat muktabarah dalam perkembangan aliran tarekat sufisme Islam hingga ada yang bependapat sampai 40 aliran tarekat lebih yang muktabarah keseluruhannya.

TAREQAT SYATTARIYYAH NEOSUFISME

Demikian juga lah bagaimana terdirinya dan timbulnya nama Tarekat Syattariyyah.Sebutan Syattariyyah dinisbatkan kepada Syeikh Abdullah as-Syattari(W.890H/1485).seorang ulama Mursyidin yang ada talian kekeluargaan dengan Syeikh Syihab al-Din Abu Hafsh Umar Suhrawardi yang mempopularkan Tarekat Suhrawardiyyah daripada pamannya Diya al-Din Abu Najib al-Suhrawardi(490-563H).Jika diselusuri lebih awal Tarekat Syattariyyah ada keberkaitannya dengan tradisi Transoxiana(Asia Tengah)kerana salasilahnya ada tali temali berhubungan sanadnya dengan Qutubul Aulia Agong Syeikh Abu Yazid al-Bustami at-Thaifur(W.260H/873M)lalu bersambungan lagi kepada Imam Jaafar as-Syadiq(W.146H/763M)kemudian hingga kepada Imam Muhammad al-Baqir lalu bersambung kepada Imam Ali Zainal Abidin dan seterusnya kepada Sayyidina Ali Karramallahu wajhahu yang menerima langsung daripada Rasullah SAW Sayyidul ambia`i wal-mursalin Sayyidina Muhammad SAW.

Tarekat Syattariyyah Neosufisme tidak mengkatagorikan dirinya sebagai cabang daripada mana-mana organisasi tarekat sufi yang lain.Ia adalah satu tarekat yang tersendiri yang memiliki karekteristik-karekteristik tersendiri dalam keyakinan dan praktiknya.Nisbah asy-Syattar adalah berasal daripada perkataan Syatara ertinya membelah dua.Ada pun maksud membelah dua ialah berkaitan dengan zikir akar tarekat ini iaitu kalimah Laa ilaa ha illallah yang diamalkan sebagai zikir nafi dan ithbat.

Menurut Syeikh Najmuddin al-Kubra istillah Syattar adalah bermaksud pencapaian tingkat spiritual tertinggi seorang salik tarekat Syattariyyah yang telah menempuh dua tingkatan terdahulu iaitu tingkatan orang akhyar(orang terpilih)dan tingkatan orang abrar(orang terbaik).Ada pun gelaran asy-Syattar itu dalam tarekat ini ada lah para sufi yang telah mampu(secara spiritualitas)meniadakan zat,sifat dan afaal dirinya(pelenyapan ego dan raga diri)sendiri.

SEJARAH RINGKAS TAREKAT SYATTARIYYAH DI ALAM MELAYU-NUSANTARA.

Tarekat Syattariyyah di alam Melayu-Nusantara bermula di Acheh yang bergelar Serambi Mekah.Pengembang terawal tarekat ini ialah seorang ulama Mursyidin yang ulong iaitu Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili(1024-1105H/1615-1690M).Beliau seorang tokoh ulama tarekat-tasawuf dan fekah terbilang yang menjawat jawatan Mufti Besar Kerajaan Acheh.Beliau telah menerima `Selendang Putih`[sebagai pertanda bahawa belaiu telah dilantik sebagai khalifat Mursyid dalam orde tarekat Syattariyyah]daripada dua gurunya seorang ulama Madinah Munawwarah iaitu Syeikh Ibrahim al-Kurani dari Turki(1616-1689M)dan Syeikh Ahmad al-Qusyasyi seorang ulama daripada Palestina(W.1661).Daripada Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri inilah tarekat Syattariyyah berkembang pesat bersama-sama penyebaran agama Islam oleh murid-murid beliau yang tersebar ramai di semua pelusuk Alam Melayu-Nusantara.

Antara murid-murid beliau yang aktif dan masyhor sebagai pengembang Tarekat Syattariyyah ialah sepertiSyeikh Burhanuddin Ulakan(W.1111 H/1691)daripada negeri Minangkabau Sumatera Barat.Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan(Tasikmalaya)di Jawa Barat.Tetapi ada sajarawan berpendapat perkembangan Tarekat Syattariyyah di Ceribon dan Banten berhubungan langsung dengan Syeikhnya yang tinggal di Mekah.Misalnya antara pengembang tarekat yang ternama itu ialah seperti P.S.Sulediningrat Yang dikatakan dari keturunan Syarif Hidayatullah(Sunan-Gunung Jati).Begitu juga seorang lagi pengembang Tarikat Syattariyyah yang masyhor di Tanah Jawa ialah Mbah Muqayyim pendiri Pasentren Buntet yang terkenal di Cirebon.

Tarekat Syattariyyah berkembang di Sulawesi Selatan di bawah pimpinan seorang Syeikh Mursyid terkenal iaitu murid langsung kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani iaitu Syeikh Yusuf Tajul-khalawti al-Mangkassari(1629-1699M).Dan seorang lagi pemuka Tarekat Syattariyyah di Nusantara-Melayu  yang tidak boleh dilupakan ialah murid kepada Syeikh Wajihuddin(Murid kepada Syeikh Muhammad Gausth dari Gwalior-India)iaitu Syeikh Muhammad bin Fadhlullah al-Bunhanpuri(W.1620)penulis kitab yang sangat masyhor terutama dikalangan ahli Tarekat Syattariyyah di Nusantara Melayu iaitu kitab Tuhfah-al-Mursalat ila Ruh an-Nabi.

Di Tanah Melayu  pengembang Tarekat Syattariyyah yang berpengaruh ialah yang masyhor sebagai `Keramat Tok Pulau Manis` iaitulah Syeikh Abdul Malik bin Abdillah yang menjadi mertua dan penasihat(Mufti) kepada Sultan Zainal Abidin 1 Sultan Terengganu.Kata setengah sajarawan beliaulahpenterjemah pertama kedalam bahasa Melayu kitab HIKAM  Syeikh Athoillah al-Askandari.Belaiu mengajar ilmu Tarekat dan Tasawuf di Ribathnya di Pulau Manis yang mana ramai penuntut-penutut dari segala penjuru negeri rantau alam Melayu datang berlajar dengan beliau.Syeikh Abdul Malik adalah murid kepada Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri beliau adalah seangkatan dengan murid Syeikh Abdul Rauf yang awal seperti Syeikh Burhanuddin Ulakan-Minangkabau.

Perkembangan agama Islam bersama penyebaran Tarekat Syattariyyah di Tanah Melayu dan Fatani(Thailand sekarang)
adalah lebih pesat melalui murid-murid Syeikh Muhammad As`ad Thohir.Antara yang terkenal ialah tiga orang murid beliau yang masyhor iaitu Syeikh Daud Abdullah Al-Fatani,Syeikh Abdul Rahim dan Syeikh Haji Asha`ari.Jaluran sanad(salasilah)pengamalan Tarekat Syattariyyah Syeikh Muhammad As`ad Thohir adalah sampai kepada Syeikh Ibrahim Al-Kurani.Beliau adalah seguru dengan Syeikh Abdul Rauf Ali Al-Fansuri Al-Singkili iaitu mereka adalah murid kepada Syeikh Ahmad Al-Qusyasyi.Seterusnya lah pula daripada Syeikh Ahmad Al-Qusyasyi bertali temali hingga kepada pemuka tarekat ini iaitu Syeikh Abdullah Asy-Syattari dan bertali pula sanadnya hingga kepada akar umbi Tarekat Syattariyyah sampai kepada Sayyidina Ali Karramallahu wajhahu dan baginda menerima talqin zikirnya daripada Sayyidina Muhaammad Rasullullah SAW.

MENYELUSURI LEMBAH SEJARAH BANGKITNYA TAREKAT SYATTARIYYAH NEOSUFISME.

Tarekat Syattariyyah neosufisme pada awalnya terkenal dengan nama Tarekat `Iskiyyah di Iran atau Tarekat Bistamiyyah di Turki Uthmani.Ia cukup popular pula di India apabila dibawah teraju Syeikh Abdullah Asy-syattari yang bersama pengembangan tarekat ini membawa misi melakukan gerakkan perkembangan Islam melalui dakwahnya di kalangan Non-Muslim di benua India.Sebagai sebuah gerakkan expansi keagamaan Tarekat Syattariyyah lebih fukus kepada perjuangan meningkatkan nilai moral dan spiritual melalui berbagai episod ajaran Islam yang terpaksa pula berhadapan dengan berbagai tentangan dan halangan dengan tradisi dan ritual setempat yang banyak dan kuat dipengaruhi tradisi Hindu-budha.Oleh itu beliau  dengan bijak bersikap akomodatif tetapi mesti tidak boleh bercanggah dengan Syariat dan Tauhid Ketuhanan Islam dalam menarik perhatian Non-Muslim untuk memeluk ajaran Islam secara sukarela.

Syeikh Abdullah Asy-Syattari menetap di Mandu sebuah desa di bahagian tengah India di situ beliau telah mendirikan sebuah pusat Khanqah[Pasentren-Zawiah-Pengajian pondok dan Ribath]yang pertama bagi memimpin para murid(salik)pengamal Tarekat Syattariyyah.Beliau telah menulis sebuah kitab yang masyhur dikalangan pengikut Tarekat ini iaitu kitab Lataif-al-Ghaibiyyah.Pendedahan isi kitab ini yang utamanya ialah berkaitan perinsip-perinsip dasar mengenai Tarekat Syattariyyah dan kaedah pengamalannya bagi mempercepatkan seorang murid mencapai tingkat tertinggi makrifatullah.Dan itu lah yang di maksudkan Asy-Syattar(cepat sampai ke puncak makrifat) pada nama tarekat pimpinan beliau ini.

Selepas beliau seorang tokoh pemimpin dan pengembang Tarekat Syattariyyah yang didapati sangat berjasa ialah Syeikh Buddhan-gelarannya ialah Syeikh Baha al Din ialah pengamal dan pengembang Tarekat Syattariyyah di bahagian Utara India beliau menghasilkan sebuah kitab yang berkaitan dengan selok-belok Tarekat Syattariyyah berjudul Risalah Syattariyyah.Tetapi diantara begitu ramai para syeikh Tarekat Syattariyyah dari awalnya yang paling banyak dan berhasil memaparkan doktrin ajaran Tarekat Syattariyyah ialah Syeikh Muhammad Gauts.Beliau menulis sejumlah kitab yang berisi pokok pengajaran Tarekat Syattariyyah antaranya ialah kitab Jawahir al-Khamsah,Kilid Makhzan,Dama`ir Basayir dan Kanz al-Tahid.Tetapi kitab yang popularnya menjadi teks bagi murid ialah Jawahir al-Khamsah yang mana ianya di saat kemudian digunakan oleh pengembang Tarekat Syattariyyah yang masyhor iaituSayyed Sibghatullah bin Ruhullah(1606) dari Haramayn yang aktif mengajar di Masjid An-Nabawi Madinah Munawwarah dan juga di Ribath beliau sendiri.

 Sebuah lagi kitab utama pengajaran selok belok Tarekat Syattariyyah yang di karang oleh syeikh Muhammad Ghauths ialah kitab BAHR AL-HAYAT.Kitab Bahr-al Hayat adalah kitab yang mendalam mengenai bagaimana jasad manusia sebagai alam soghir atau dunia kecil(mikrokosmos) dan hubungannya dengan alam al-Kabir atau dunia besar(makrokosmos).Perhubungan ini dapat direalisasikan dengan kaedah-kaedah tertentu atau kaifiat tertentu mengikut kaedah pengamalan pelajaran Tarekat ini.Melalui latihan-latihan tertentu sesaorang salikin diharap dapat mencapai kesatuan antara tubuh lahir dan jiwa yang bersifat batin kepada insan dengan Rohul-Al Adzim.


SUKATAN PELAJARAN PERAMALAN[SECARA RINGKAS].

1.MEMASUKI GERBANG PERTAMA[CALUN SALIKIN].

Menurut aliran Ahmad al-Qusyasyi[lihat kitab Al-Simt Al-Majid]gerbang pertama bagi seorang untuk masuk kedunia bertarikat adalah menerima `Baiah dan Talqin`.Talqin adalah hal ritual yang harus dilakukan terlebih dahulu sebelum sesaorang di baiah menjadi ihkwan tarekat yang akan menjalani dalam dunia tarekat tasawuf dan suluk Tarekat Syattariyyah.

TATA CARA TALQIN [MASUKI GERBANG UJIAN AWAL-MUJAHADAH]

1.Calun murid terlebih dahulu menginap di suatu tempat tertentu yang di tunjukkan oleh Syeikhnya selama 3 malam berturut-turut dalam keadaan suci bersih[berwudhu dan pakain suci]di awali dengan mandi taubat: ada 4 acara niat mandian kemudian di ikuti dengan dua rakaat solat taubat.[ini kaifiat oleh syeikh semasa].
2.Setiap malam ia harus melakukan sunat  sebanyak enam(6)rakaat dengan 3 kali salam.
a.ada tertib bacaan-bacaan  khas surah Al-Quran pada tiap rakaat salat sunatnya itu.
b.ada niat khas hadiah pahala sembahayang pada tiap-tiap salat sunat itu misalnya  kepada Rasulullah s.a.w.dan lain lain lagi dengan mengharap mendapat berkat dan pertolongan daripada Allah SWT.
c.Kemudian setelah selesai semua sembahyang sunatnya sebanyak 6 rakaat dengan 3 kali salam itu hendakalahmembaca salawat nabi 10 kali.dengan kaifiat salawat yang ditentukan guru(Syeikh).

BAIAH DAN TAHKIM

Selepas menamatkan gerbang ujian awal-mujahadah tersebut murid hendaklah menghadiri tata cara baiah dan tahkim.Baiah adalah merangkumi ungkapan kesetiaan dan penyerahan diri daripada seorang murid secara khusus kepada Syeikhnya dan secar umum kepada lembaga organisasi tarekatnya.Seorang murid yang telah mengikrarkan dirinya masuk kedalam dunia tarekat itu tidak seharusnya ia kembali keluar dari Inabah itu[ikatan perjalanan tarekat].Dalam dunia tarekat tasawuf baiah memiliki konsekuensi adanya kepatuhan murid kepada Syeikh mursyid[umpama patuhnya si murid di dalam kelas sekolah kepada guru]nya yang ikhlas membimbing.Kerana seorang Syeikh mursyid yang murabba bagi tarekat yang muktabarah adalah di percayai sebagai wakil(wasithah)daripada Rasulullah SAW[Al-Ullama(mursyidin)warithatul ambia`]yang di yakini ikhlas untuk memandu murid kearah pembersihan jiwa dan mencapai makrifatullah dan tidak sekali-kali memandu kejalan yang salah atau kesesatan-InsaAllah.

Ada tiga perkara yang penting dalam hal Baiah dan Talqin ini yang harus dilalui calun murid ini iaitu sang murid harus menerima 1.Talqin zikir asa(zikir akar).2.Akhu al-ahd 3.Lib al-Khirqah.

1.Menerima Talqin zikir asas(zikir akar)iaitu kaedah mentalkinkan zikr jihar[lisan]kalimah tauhid yang di-pusakakan oleh Rasulullah s.a.w tali-temali daripada Sayyidina Ali  k.w.di baca tiga kali oleh guru dengan kaifiatnya tertentu kemudian diikuti sang murid....kemudian berzikir pula guru bersama murid sekurang-kurangnya 100 kali....mengikut nada dan cara yang di sampaikan Syeikh Mursyidnya.Selepas itu sang murid hendaklah beramal pagi dan petang[paling minima]100 kali pada sekali duduk berzikir dan menjadilah amalan yang istiqamahnya sebelum naik ketangga zikir darajat seterusnya.Walau begitu murid telah di ijazahkan juga pengenalan 13 maqam zikir tahlil[titik poit] pada diri murid bagi mendapat kesan cahaya rohani yang lebih cepat bagi zikir darajat[zikir tarekat]ini.disini ada perbezaan kedapatan zuk[rasa nikmat berzikir] berbanding dengan zikir tahalil orang awam yang di panggil darjat zikir nya Zikir Hasanah[tekniknya hanya semata-mata lisan]dan yang maksudkan mendapat hasanah[pahala]sahaja.Wallahu a`lam.

11.Kemudian daripada menerima talqin Zikir Akar[kalimat: Laa ilaa ha illallah] yang resmi itu berikutnya ialah proses baiah atau pun tahkim`Akhu al-ahd` yakni membuat dan mengambil akur janji setia atau berwaad dengan guru[ringkasnya murid berjanji mematuhi apa syarat yang nyatakan oleh Mursyid iaitu mematuhi perintah Allah dan suruhan Rasulullah s.a.w.Ingatan:jika ada sebarang syarat dan arahan pematuhan`berbau` kepentingan peribadi guru maka itu bukan dari tarekat yang haq yang asal- berasal tarekat Syattariyyah neosufisme ini ].
Ada 9 langkah pembacaan wa`ad termasuk langkah yang terakhir sekali ialah murid didoakan oleh syeikh dan mulai saat itu bertanggung jawab membimbing muridnya dengan seikhlas hatinya kerana Allah.Kemudian murid bersalam dengan guru dan ikhwan lain jika mereka ada di dalam majlis.Kemudian mengakhirkan majlis dengan membaca bersama-sama surah Al-`Ashr atau sebelum itu diadakan terlebih dahulu Baiah Lib al-Khirkah.

Perhataian:Ada pun ayat Al-Quran [khas]yang tidak terpisah dalam kaifiat berbaiah dan talqin zikir`Akar`[Laa Ilaa ha Illalah] tarekat Syattariyyah Neosufisme ialah ayat ke 10 surah Al-Fath:Mafhumnya:
`Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu[Muhammad s.a.w]sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah.Tangan Allah di atas tangan mereka.Barangsiapa yang melanggar janjinya maka akibat melanggar itu akan menimpa dirinya sendiri[akibat buruk]Dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah,maka Allah akan memberinya pahala yang besar`.

111.Baiah Lib al-Khirkah: yakni suatu ritual ringkas Sang Syeikh memberikan dan mengenakan jubah[khirqah]iaitu pengi`tirafan sebagai murid de-facto[jubah graduasi] tareqat Sattariyyah neosufismeemiki.Peringatan:Satu lagi jubah demikian[berlainan warna]diberikan tepada murid-murid tareqat ini pada suatu masa akan datang setelah beliau menyelesaikan perjalanan sipiritualnya[suluk] dalam tareqat ini.Bagi murid yang layak menjadi khalifah[wakil Syeikh Mursyid]akan diberi jubah dan selendang khas serta otorisasi kekhalifahan Tareqat.

SEDIKIT PERNYATAAN SEBAB KEPENTINGAN BAIAH ATAU TAHKIM

Proses inisiatif penerimaan zikir tareqat melalui baiah adalah sangat penting dalam pandangan Tareqat Syattariyyah kerana ia menentukan hak diri Sang Murid dalam organisasi tareqat resminya kerana baiah seperti ini adalah mengisyaratkan terjalinnya hubungan yang tidak akan putus[Ukhwah billah,minallah,wailallah wafillah]antara murid dengan Mursyidnya dan saudara seikhwannya[Hadis:Bahawa Orang Muslim itu Bersaudara].Begitu bai a`h diikrarkan maka Sang murid dituntut untuk mematuhi dan melaksanakan berbagai ajaran dan suruhan pada peta perjalanan spiritual ilaLlah[tarikat] tuntutan Sang Mursyidnya.Sang Murid harus meyakini mursyid yang ikhlas dan benar dalam kepimpinannya adalah sebagai wakil[wasyithah]Nabi s.a.w.s sebagaimana riwayat hadith:`Al-Ulama[mursyidun] warithsyatul-ambiaya`.Mafhumnya:`Ulama[yang Mursyid]itu adalah wariths para nabi`.Lebih daripada itu baiah juga dimaksudkan sebagai `simbolis` sebuah bentuk perjanjian antara Sang Murid sebagai hamba dengan Al-HAQ[Allah] Tuhannya.Wallahu a`lam.

PENGAMALAN ZIKIR ASAS[AKAR] TINGKAT 1].

Zikir Asas[Akar Zikir] dalam tareqat Syattariyyah Neosufisme ialah Kalimat `Laa ilaa ha Illah`dengan kaifiat[method] tertentu[diijazahkan mathod itu- dua cara]semasa murid menerima ijazah talqin zikir oleh guru atau pun daripada  khalifahnya.Sementara melangkah maju ketingkat ZIKIR MUQADDIMAH seseorang ahli tareqat ini hendaklah berzikir dengan kaedah zikir yang diijazahkan itu pagi petang atau sebanyak banyaknya mengikut kemampuannya.Syeikh Agong kami Qutbuddin Syeikh Daud Al-Fathoni menyatakan dalam kitabnya Dhiaul Murid[pedoman Zikir Menuju Ilahi] mengenai tareqat ini,sebaik baik bilangan zikir ialah 12,000 kali sebutan lisan kalimat`Laa ilaa ha Illalah`pada sekali duduk berzikir secara resmi maka barulah seseorang terasa`masuk`dalam zuq alam zikirullah.Tetapi disiplin tareqat ini menetapkan paling kurang sekali duduk berzikir ialah 100 kali pagi selepas subuh dan 100 kali petang selepas maghrib atau selepas solat  Isya`.termasuklah semua mukarranahnya hingga kepada doa resminya.Jika dalam masa beramal di tahap ini andainya apa-apa kedapatan warid dari Ilahi hendaklah direpot kepada Mursyid untuk di tafsir,dinilai,di tambah dan sebagainya mengikut budi bicara guru dalam membimbing dan memajukan lagi peramalan bagi membersih menggilap roh sang muridnya dalam pelayaran menuju distinasi.......Allah SWT.[Laa maqsudu bihaqqin ilaLlah].

TINGKAT 11. MELAKSANAKAN TUJUH MACAM ZIKIR MUQADDIMAH TAREQAT.

Setelah sesaorang itu diterima sebagai anggota jemaah Tarekat Syattariyyah Neosufisme sesudah melepasi GERBANG PERTAMA dan telah beramal dengan bersungguh-sungguh tingkat pertama maka dia akan di naikan pula kepada TAHAP KEDUA  iaitu mengamalkan ZIKIR MUQADDIMAH yang mempunyai TUJUH MACAM KAIFIAT ZIKIR yang disesuaikan dengan tujuan penyucian TUJUH JENIS NAFSU yang ada dalam diri manusia untuk mencapai 7 maqam pembersihan rohani hingga yang tertinggi serta mencapai maqam wasil yakni sampai makrifatnya kepada Allah dengan sempurna sampai.Kaifiat zikir-zikir tersebut ialah seperti di bawah.

ZIKIR1.ZIKIR TAWAF.

Zikir TAWAF yang dimaksudkan dalam tarekat ini ialah yang seperti mana diisyaratkan oleh Mursyidnya ibarat makanan hati[Roh]ia melibatkan tahapan kenaikan kepada fenomena hubungan syuhudiah sang salik terhadap Al-Khaliq mengikut jaluran ilmu musyahadah[Ihsanuddin] dan zauqiah.Sang Salik akan di suruh mengzikirkan nya hingga mencapai 100,000[seratus ribu]dan menghayati gerak keesaan semesta yang akan mencapai maqam wahdatul afaal yaitu tingakat awal makrifatullah dan menghapuskan nafsu bangsa amarah[nafsu al- amarabissu`i].

ZIKIR 2.ZIKIR NAFI DAN ITHBAT

Zikir nafi dan ithbat seperti yang diisyaratkan oleh mursyidnya.Zikir ini ibarat memberi makanan roh.Ia melibatkan syuhud dan musyahadah serta zauqiah.La Maujudu bihaqqin Illa-Lah.

ZIKIR 3.ZIKIR ITHBAT FAQAD[HILANG ATAU LUPUT]

Maqsudnya Zikir Ithbat Faqad ialah meninggalkan kalimah nafi dan mengekalkan kalimah ithbat.Dengan zikir ini salik mengithbatkan sebenar-benar wujud [pada hakikatnya] hanya Allah Azzawajalla. Inilah teknik zikir yang membuka atau mencelekan[enlighten] sekelian hati Rohaniah Rabbaniah.

ZIKIR 4.ZIKIR ISMUS-ZAT[SULTANUL-ASMA`].

Teknik ZIKIR ini berkesan bagi membersih tempat bersemayamnya Roh[Lathaif-lathaif].Dinamakan alam zikir ini Syahadah fi Syahadah.Ia ibarat besi berani bagi Roh dan makanan Roh

ZIKIR 5.ZIKIR TARAQI

Zikir Taraqi dinamakan juga zikir Syahadah fil Ghaib.Hasil yang harus dicapai ialah Syuhudul kathrah fil wahdah melalui zauq dan musyahadah.Menghasilkan kehidupan[maqam]jiwa pada mertabat alam jabarut dan berperangai dengan perangai `Yang di Cinta` serta perlenyapan pada maqam Rohul Adzim.

ZIKIR 6.ZIKIR TANAZZUL.

Zikir Tanazul di namakan juga Zikir al ghaib fi syahadah yang hasilannya syuhudul wahdah fil kathrah dan fana kedalam Rohul Adzim.

ZIKIR 7.ZIKIR ISMUL GHAIB.

Zikir ini dikenali juga dengan panggilan zikir musyahadah afaal,asma,was-sifat waz-zat.fungsinya pembuka sekelian rahsia iaitu makanan bagi SIRR.Menghasilkan maqam jiwa pada alam Lahut dimana makrifatnyaseperti mana sabda Rasulullah SAW:`Kaa nal-Lah lam yakun ma`ahu syai`un.Einya:`ada Allah tiada ada sertanya sesuatu`.

SELAIN daripada tujuh kaifiat zikir di atas sebagai zikir-zikir asas ada pula tujuh isim zikir pengiring yang di talqinkan mursyid yang perlu di amalkan dalam kadar bilangan khas tertentu.Kemudian di talqinkan pula isim furu`sebanyak enam bilangan isimullah yang berlaianan barulah tamat  peramalannya kemudian kembali beramal dengan zikir akar`La ilaha ilal-Lah`dan juga melakukan amalan tawajjuh zikir lathoif yg 7 walaupun setelah mencapai maqam atau darjat maqam Baq`billah dan pengalaman tingkat tinggi kerohanian.InsaAllah.

Zikir Lathaif 7[atau zikir tawajjuh]dalam Syattariyyah Neosufisme agak ada sedikit berlainan dengan method Tarekat Naqsabandiah atau Tareqat Qadariah Naqsabandiah.Sebab dua tareqat tersebut menggunakan Sultanul Asma[Allah] sahaja untuk zikir pembersihan nafs pada7 lathoif [cakra]dalam diri.Tetapi sistem Syattariyyah Neosufisme disamping menggunakan Asma Allah pada latifatul-Qalbi dia menggunakan asma-asma Ilahi yang berlainan pada Lathoif yang lain lagi itu iaitu pada Lathifatur-Roh,Lathifatul-Khafi.Lathifatu-sirr,Latifatul-akhfa,lathifatul qab- Qausin auadna kemudian pada Lathifatun-natiqah seterusnya Kulluman jasad.

Ada pun asas pegangan adanya lathaif ini dalam diri manusia adalah berdasarkanpada ke wahyu Ilahi iaitu...... :`Walaqad khalaqna fauqakum sab`a thoraa-`iqa wama kunna anil-khalqi ghaa-filii-n.`
Ertinya:Dan sesungghnya kami telah menciptakan diatas kamu tujuh jalan[tujuh buah langit]dan kami tidaklah lengah terhadap ciptaan kami.[QS:Almu`minun:17].
Ayat ini adalah sebagai dasar  kepada wujudnya lathaif yang menjadi `pintu masuk` ke demensi ghaib dalam perjalanan tareqat ini dan barangsiapa tetap beristiqamah mengetuk pintu ke alam ghaib ini insaAllah.... Allah akan membukakan kepadanya.

NOTE:Pembersihan jiwa adalah tujuan utama zikir tareqat iatu menjadikan jiwa salik bertaraf Rohani tidak lagi bertaraf roh tabaq[thaba`i] bersifat haiwani daripada taraf roh majadi atau nafsu sawiah bersifat syaitan[besar hati,bangga diri,takbur dan sombong etc]yang sangat perlu kepada pembersihan melalui zikir mujahadah atau zikir Lathaif 7 ini.Maka apabila bersih hatinya bersihlah jiwanya dan sucilah nyawanya.Nyawa yang suci mendapat darjat Rabbani atau Rohani yang mana akan mudah menerima tajalli Ilahi[manifes]seperti kata para Arifinbillah:`Kamthalil-mir aati izan-nadhzaraa fii hi tajalla Rabbahu`.Dengan itu InsaAllah mencapailah darjat hati para sahabat dan pengikut Rasulullah s.a.w. yang ada  seramai lebih kurang 10,000 orang pada zaman Baginda yang memang mereka semua menerima kesan secara langsung cahaya suci kenabian dan kerasulan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.[sebab itu tidak perlu mereka mengamalkan sesuatu Tarekat Khas untuk mencapai darjat jiwa suci Rohaniah Rabbaniyah sebagaimana yang di usahakan oleh pakar-pakar jiwapara muryidin ahli tarekat&sufi] pada zaman mulai abad kelima atau enam setelah kewafatan Baginda.s.a.w. iaitu Setelah zaman itu penyakit keduniaan dan kebendaan[hidonesma dan materialisme] mula menguasai para pemerintah dan masyarakat Islam.


ZIKIR PERINGKAT MUNTAHI[TINGKAT TIGA]

Peramalan tahap ini ialah berkaitan dengan zikir lathoiful-Ghaibiyyah-iaitu peramalan lanjutan oleh golongan veteran pengamal Tareqat syattariyyah neosufisme.Dalam peringkat ini melibatkan latihan tubuh dan jiwa.
1.Pengendalian diri dengan mujahadah
2.Ketaatan ibadah wajib dan sunat dengan taqwa
3.Duduk dengan posisi tertentu semasa beramal[tafakur atau khalwat]
4.Berzikir dengan mengatur pernafasan dan perlenyapan ego.
5.Menutupi seluruh pancaindera dan penumpuan penuh kepada Zat Yang Maha Suci.

Kelanjutan daripada lima disiplin atau rukun bagi tubuh fizikal itu ada tiga kaifiat penyempurnaan pendampingan jiwa[insani]dengan Yang Maha Suci mudah-mudahan mencapai pula  makrifat sirr serta pencerahan rohani.

1.Kosentarasi fikiran pada satu fokus iaitu kepada Ahdiyatuz-Zat.
2.Duduk bertafakur[meditasi]-muraqabah,muhasabah,muqabalh,mukasyafah,mukafahah-etc.
3.Zikirullah[Rantaian dari perkara 4 yang tersebut di atas]-zikir wukuf dan solatul-daim.

Catatan:Adalah lumrah terjadi bagi pengamal tarekat Syattariyyah neosufisme  ialah pelenyapan[fana]diri ketika ia melakukan peramalan tingkat ini iaitu tetakala berlaku tenggelamnya diri batin dilautan nufus atau pun Lautan Bahrul Hayat yang berhubung dengan Rohul-Adzim iaitu saat dimana  kesedaran kepada diri sendiri akan sirna iaitu hilang[fana]contoh ini yang terjadi kepada Qutubul-Adzim Syeikh Abu Yazid Al-Busthomi danlain-lain Auliaillah yang besar-besar(wallahu a`lam) kemudian apabila ia tersedar[selesai beramal] ke alam zohiriyah dia tetap kekal dalam maqam baqabillah.

Peribadatan zikir Lathoif al-Ghaibiyyah tersebut adalah dengan kaedah zikir Sirr ia itu zikir khafi sama ada menggunakan ingatan hati[ sprt:zikir lathaif yang tujuh atau lathaif tiga belas] menggunakan minda[tafakur atau meditasi] atau pun zikir nafas[Nafas,amfas,tanafas,nufus] method ini sesuai dengan beberapa perintah Allah dan hadith Rasulullah SAW:Antaranya ialah:

1.Al-Quran Ayat 205 surah Al-`Araf:`Wazkur rabbaka fi nafsika tadharru`an wakhii fatan....`Mafhumnya:Dan sebutlah[ingatilah]akan Rabb mu di dalam diri mu dengan rendah hati dan takut[taqwa]`......

2.Hadis daripada Bukhari dariapada Aisyah r.a:Mafhumnya:`Bermula zikir yang tidak didengar oleh malaikat Hafazah itu[yakni zikir khafi-zikir dalam jiwa atau dalam minda]melebihi[pahala atau darjat] 70 kali ganda daripada zikir yang di dengar oleh malaikat Hafazah`.

3.Kata sultanul Aulia Sayyidi Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani:`Zikir khafi itu tidak diangkat oleh malaikat[sebab tidak dikeahuinya] kerana ianya adalah rahsia[Sirr] antara hamba dengan Rabbnya.`

Kelangsungan gerak zikir dalam disiplin Tareqat Syattariyyah Neosufisme amatlah di pentingkan kepada kader-kadernya kerana pada asasnya merupakan suatu usaha pengamal untk melepaskan diri dari sifat-sifat kelalaian dan lupa kepada Allah pada setiap waktu dan situasi kerana arahan Allah untuk mengingati Nya dan wajib di-patuhi sedaya upaya diri seseorang muslim seperti ayat berikut:

Mafhumnya:r`Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang maka maka hendaklah kamu mengingati Allah baik waktu berjalan atau waktu duduk dan waktu kamu berbaring`.

Dan lagi Firman Allah: Mafhumnya:`Iaitu orang-orang yang menyebut[mengingati]Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan berbaring dan memikirkan[tafakur]tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata`Ya Tuhan kami tidak engkau jadikan semua itu sia-sia.Maha suci engkau,peliharalah kami dari seksa neraka`.[QS.Al-Imran:190].

Dengan dalil ringkas itu method zikir SIRR ini memberi kesan yang kuat kepada hati nurani hamba untuk selalu dalam mengingati Allah serta menghadap Hadhrat Yang Mulia Allah sesuai pula dengan perintah Allah:
`Fainamaa tuwallu fathyamma wajhu-Llah`Mafhumnya:`Barang kemana sahaja engkau menghadap maka di sana ada Wajah Allah`.[Surah Al-Baqarah:115].

Kaifiat zikir Sirr dalam peringkat lanjutan ini ada tujuh:

1.Zikir penyembuhan jasmani penyucian rohani
2.Zikir asyik Ilahi dan Suluk Maqarrabun
3.Zikir cahaya Nurani Rabbani
4.Zikir insani kontak rohil Adzim
5.Zikir Turqa dan tanazzulat
6.Zikirul Insani[Nafas,amfas,tanafas,Nupus]
7.Zikir maqam tahlil yang 13.

Mengikut Syeikh Agong Tareqat Syattariyyah di Nusantara Melayu Syeikh Abdu Rauf As-Sankil [1606-11637 mufti besar negara zaman Keagongan empire Kerajaan Acheh].Adalah tujuan yang dikehendaki seseorang pengamal tarekat tasawuf adalah untuk mencapai maqam fanafillah kemudian maqam baqabillah berserta makrifatullah.Dalam kata yang lain ialah bahawa wujud hati dan nyawa dengan zikir yang berkekalan dan sentiasa dekat dengan Zat Wajibal-Wujud atau Zatul-Bakhts dalam istillah lain ia mencapai ibadah`Solatud-Daim.`Bagaimanakah jalan atau method peramalan bagi mencapai darjat sentiasa dalam `Solatud-Daim?`Ya...tentulah salah satu cara mencari permata mahal ini pada guru-guru mursyid Tareqat muktabarah dan semestilah antaranya itu ada dalam Tarekat Syattariyyah Neosufisme.

HALUAN ARUS TAREKAT SYATTARIYYAH

Haluan arus Tarekat Syattariyyah adalah bertujuan membangkitkan kesedaran jiwa dan akal budi seseorang terhadap Al-Khaliqnya.Justeru itu tidak semestinya seseoarang pengikutnya sampai mengalami peringkat fanafillah.Seseorang pengamal Tareqat ini ada yang beramal terus menerus hingga akhir hayat nya hanya pada zikir asas[akar]`La ilaa ha illa-Lah` saja bersertai segala mukarranah peramalan hinggalah kepada doanya pun sudah memadai ini kerana berpegang kepada hadiths Nabi s.a.w. mengenai kalimat thoyyibah ini:

1.Kerana La ilaha illal-Lah harga surga sebab Anas bin Malik r.a.berkata:Nabi s.a.w. ditanya`Ya rasulullah apakah ada harga untuk sorga itu? Jawabnya:Ya,Laa ilaha illal-Lah.

2.Abu Hurairah r.a. berkata: Ya Rasulullah siapakah yang lebih dahulu mendapat syafa`atmu dari semua manusia? Jawabnya:Siapa yang mengucapkan Laa ilaha illal-Lah benar-benar ikhlas dari hatinya.

3.Athaa` mengertikan firman Allah: Man jaaa bilhasanati falahu khairun minha.yaitu:Laa ilaha illal-Lah,maka akan mendapat yang lebih baik yaitu surga.Dan Waman jaa`a bissayyi`ati fakubbat wujuhuhum finnaa ri.Yaitu Dan siapa yang datang di akhirat membawa kejahatan(Syirik) akan tersungkur wajahnya di dalam neraka.

4.Nabi s.a.w. bersabda:Ajarkan kepada orang mati dari kamu Laa ilah Illall-Lah kerana kalimat itu dapat menhancurkan dosa sehancur-hancurnya.sahabat bertanya:Ya Rasulullah,bagaimana jika dibaca ketika hidupnya? Jawab Nabi s.a.w. Lebih menghancurkan dosa,dan lebih menghancurkan.`

5.Seorang sahabat Rasulullah s.a.w berkat:Siapa yang membaca Laa ilaha illal-Lah dengan ikhas daripada lubuk hatinya lalu dipanjangkan bacaannya kerana mengagongkan[Allah dan kalimat itu],maka Allah akan mengahapuskan daripadanya empat ribu dosa besar.Ketika ditanya:Jika dosanya tidak sampai empat ribu,diampunkan juga keluarga dan tetangga tetangganya yang islam....

PENDUKUNG Syattariyyah Neosufisme percaya bahawa jalan menuju Allah itu banyak iaitu sebanyak bilangan nafas makhluk Allah.tetapi jalan yang paling utama menurut perjalanan tarekat ini ialah jalan yang ditempuh oleh PARA AKHYAR,ABRAR dan SYATTAR.

Orang yang belum sampai ketingkatan Syattar terlebih dahulu harus mencapai kesempurnaan pada tingkat orang Akhyar[orang terpilih]dan orang Abrar[orang terbaik]serta menguasa rahsia-rahsia zikir.Untuk mencapai ketingkatan Syattar itu ada10 post[station] yang harus dilalui untuk sampai ke pengkalannya iaitu:
1.Taubat 2.Zuhud 3.Tawakkal 4.Qanaah 5.Uzlah 6.Sabar 7.Ridha 8.Zikir 10.Muraqabah.Musyahadah. muqabalah.Mukasyafah.Mukafahah seterusnya fanafillah dan baqabillah.

Apabila menonjolkan aspek alur perjalanan Tarekat Syattariyyah pengamalnya ada tiga kelompok yang tersebut itu masing-masing kelompok mempunyai had-had peramalan khas mereka dalam menghayati rasa kehampiran dengan Yang di Kasih[Allah].

TINGKAT ORANG AKHYAR[orang terpilih]ialah kumpulan salik yang menyibuk diri menjalani ibadahsalat,puasa,berumrah berhaji,bersalawat,membaca Al-Quran,berbakti,membanyakkan membuat ibadat dengan ibadah yang sunat-sunat disamping amalan ibadat yang wajib,berjihad fisabilillah etc.Mereka ini adalah pengamal-pengamal zikir asas Tareqat Syattariayyah Neosufisme itu saja.

TINGKAT ORANG ABRAR[orang terbaik]pula menyibuk diri dengan latihan kehidupan asketisme atau berzhud yang keras,latihan ketahanan menderita,menghindari sebarang perkara kejahatan,noda dan dosa dan bersungguh-sungguh menyucikan jiwanya.....inilah gulongan yang dimaksudkan dalam hadis Nabi s.a.w.:A`da `aduwwika nafsukal-latii baina janbaika`Mafhumnya:Mushmu yang paling perlu engkau lawani ialah nafsu[jiwa nafsu amarah dan sawiyah]yang ada dalam diri mu.
Dan juga seperti pedoman daripada Allah SWT sendiri:Mafhumnya:`Sesungguhnya Allah kasih terhadap orang orang yang bertaubat dan Allah kasih terhadap orang-orang yang menyucikan diri`[Al-Baqarah:222].....Mereka yangKelompok ini ada lah daripada gulungan yang mengamalkan ZIKIR-ZIKIR  MUQADDIMAH[tingkat 2]disamping mengamalkan zikir akar setelah tamat tujuh tahap penyucian nafsu.

TINGKAT ORANG ASY-SYATTAR: Adalah gulungan yang dengan bimbingan mursyid dan mendapat barokah para wali adalah gulongan untuk cepat mencapai wasil kepada Allah.Mereka adalah gulongan pengamal tingkat ketiga Tareqat Syattariyyah Neosufisme yang telah melewati peringkat tingkat satu dan tingkat dua serta tidak meninggalkan zikir asas[Akar]nya dan ialah yang layak mengijazah dan menjadi khalifah Tarekat ini dengan izin Syeikhul-Assyattari Neosufisme.

KENAPA NAMA TAREQAT SYATTARIYYAH NEOSUFISME.

Tarekat Syattariyyah neosufisme diberi nama demikian kerana ianya adalah salah satu tarekt yang senentiasa memperjuangkan rekonsilasi antara ajaran tasawwuf dan kerohanian dengan ajaran syariat Islamiah.Ini terbukti seperti apa yang dilakukan oleh pendirnya iaitu Syeikh Abdullah Asy-Syattari dan para syeikh penyambung usaha-usaha beliau di benua India dan juga rantau Asia tenggara seperti Qutbuddin Syeikh Daud Al-Fathoni yang sangat banayak mengarang kitab-kitab fekah dan kitab beliau kebanyakkan nya menjadi teks kapada umat Islam dalam bidang fekah di Asia tenggara tetapi beliau juga  amat menyintai tasauf dan Tarekat.Begitu juga Tokoh pengembang Tareqat Syattariah di Aceh As-Sankili yang masyhor itu dengan pemahamn tasawufnya telah merekonsliasikan antara tasawuf dan syariat.Beliaulah ulama Aceh yang berupaya mendamaikan`ajaran mertabat tujuh[wahdatul-wujud] dengan fahaman Ahlus-sunnah wal jamaah bilamana beliau menekankan aspek transedensi Tuhan atas ciptaan Nya dan bukan imannensi.Wallahu a`lam.


NOTE:
petikan artikel diatas adalah daripada kertas kerja seminar Tarekat Taswuf Islam bertajuk:
`Cabaran Tareqat Syattariyyah Neosufisme kembali ke akar mutiara kesufian muslim`Di PIFKI.Gelugor Trg.
Hasil karya Al-Fadhil Ustaz Syeikh Hj.Wan Ismail W.E.Assyattari al-Amfasi.Syeikh Tareqat Syattariyyah Neosufisme[M].

Dengan izin mursyid serta dengan hormat dan segala rendah hatinya dibawah ini diterapkan salasilah rantaian emas Mursyid [sanad]penerimaan talqin zikir[Akar] Tareqat Syattariyyah Neosufisme[Ustaz Syeikh Wan]ini yaitu daripada beliau hinggalah kepada para Mursyid atasannya hinggalah kepada Rasulullah s.a.w.mungkin bermanfaat kepada peminat-peminat Ilmu Tarekat-Sufi sepanjang zaman.InsaAllah.

1.Pak Guru Ustaz Syeikh Hj.Wan Ismail W.E.Assyattari Al-Amfasi[Abah].K.Trg.Menerima daripada
2.Tuan Guru Syeikh Wan Jaafar bin Abdul Rahman AzZuhud-Pasir Akar jerteh.Trg.Menerima daripada
3.Tuan Guru syeikh Hj.Yaacob bin Hj.Ismail[Keramat Tok Cok].Thailand[Patani].Menerima daripada
4.Tuan Guru Syeikh Mohd Yusuf[Tok Kenali]Al-Kalantani.Menerima daripada
5.Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Mohd Zain Al-Fathoni.Menerima daripada
6.Tuan Guru Syeikh Abdul Qadir bin Abd.Rahman Al-Fathoni.Menerima daripada
7.Tuan Guru Qutub ad-Din Syeikh Daud Al-Fathoni.Menerima daripada
8.Al-Arifinbillah Sayyed Syeikh Mohd As`ad Thohir Qaddasallahu sirrah.Menerima daripada
9.Syeikh Mohd Said Thohir.Menerima daripada
10.Syeih Mansur Badiri.Menerima daripada
11.Syeikh Ibrahim Thohir Al-Madani.Menerima daripada
12.Syeih Muhammad Thohir.Menerima daripada
13.Syeikh Mulla Ibrahim Al-Kurani.Dan daripada
      Sayyed Syeikh Ahmad Al-Qusyasyi menerima daripada
14.Abil Mawahib Syeikh Abdullah Ibnu Ahmad At-Tanawi Thibillahi sirrah.Menerima daripada
15. Sultanul-Arifin Sayyidi syeikh Shibghatllah.Menerima daripada
16.Al-Imam al-Fudami wal ulama al-Alam Sayyidi Syeikh Wajhuddin `Alawi.Menerma daripada
17.Ghautul Jamilul sayyidina Muhammad Al-Ghauts.Menerima daripada
18.Qutubul-Aqtab wa ghauths Al-Autad Syeikh Hj.Mansur ATAU  Syeikh yang sama dengan sebutan
     Syeikh Kharij Hudhur...................Menerima daripada
19.Qudwatul Aulial-Arifin Asy-syeikh Hidayatullah Samarsat.Menerima daripada
20.Syeikh Musyaeikh Al-Allamu Syeikh Qadhiyyun Asy-Syattari.Menerima daripada
21.Qutubu-Ghauths syeikh Abdullah asy-syattari. Menerima daripada
22.Syeikh Muhammad Arif. Menerima daripada
23.Syeikh Muhammad Asyiq.Menerima daripada
24.Al-Arifinbillahi- Rabbani Syeikh Khudaquli.Menerima daripada
25.Qudwatu Haqqin Syeikh Abil-Hassan Al-Kharqani.[Syeikh Abu Husein Al-Kharqani]Menerima daripada
26.Qutubul-Autad Syeikh Abu Yazid `Isqi.Menerima daripada
27.Jamiul-Autad syeikh Abil Muzhaffar Taruki At-Thawsi.Menerima daripada
28.Al-Arifinbillah Syeikh Muhammad Al-Maghribi.Menerima daripada
29.Qutubul-Auliaillah al-Muhaqqiqin Sultanul-Arifin Syeikh Abu Yazid Al-Busthomi waasmuhu Thaifur qaddasallahu ruhul-Aziz. Menerima daripada
30.Ruhaniah Al-Imam Jaafar As-Shidiq.Menerima daripada
31.Ruhaniah Al-Imam Muhammad Al-Baqir.Menerima daripada
32.Al-Imam al-Muttaqin waqadwatu Auliaillahis-Salihin Al-Imam Ali Zainal Abidin. Menerima daripada
33.Ahadun Ruhaniatul Rasul Ibni Fatimah binti rasulullah s.a.w. Al-Imam Hussein Asy-syahid.Menerima daripada
34.Al-Imamul-Masyriqil wal Maghrib sayyidina Ali Ibni Abi Thalib Karramallahu wajhahu.Menerima daripada
35.Sayyidul-qurnaini wajdal husaini Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w. Menerima daripada
36.Al-Amin sayyidina Jibrael a.s. Shohibul-Wahi.Menerima daripada
37.Alllah SWT.Azza Wajalla.

Demikian rantaian talqin zikir[sanad]Tareqat Syattariyyah Neosufisme yang asas[Akar].Laa ilaa ha illa-Lah yang pastinya.Saidatina al-a1llama waqudwatan auliaillaa hil kiram radhiallahu taala anhum.Wa amaddana bimadadihim wanafa`ana bibarakaa tihim wanafahatihim wa asraa rihim.Aa min.wahamdulillahi Rabbil a`lamin.Wallahu `alam.Allah SWT dan Rasul Nya lah yang lebih mengentahui.Astaghfirullahal-Adzim Laa haula wala Quwwata illaa billaa hil adzim.
Wallahu a`lam.

Artikel:Pentingnya memahami peranan salasilah[sanad] tarekat ada dalam:http://silatgeraksejati.blogsport.com.Sila rujuk.melalui Google...

Setiausaha kerja TSNS.PIFKI.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    ReplyDelete