Friday 21 June 2013

SYARAT MELAKUKAN AMALAN ZIKIRULLAH BERSENDIRIAN BAGI ORANG BERMULA (MUBTADI)


1.Menyedia satu tempat kosong,bersih,tiada kedengaran suara orang(bising).
2.Pakaian dan badan sucibersih secara zahir dan batin melalui mandi dan wudu'.
3.Memakai bauan harum(attar atau bukhur)nyaman ketika berzikir.
4.Duduk bersila(tarabbu') atau tawarruk atau iftirasy pada waktu berzikir.(pilih mana yg selesa bagi diri individu).
5.Menghadap arah qiblat.
6.Meletak kedua-dua tangan(lengan) diatas kedua peha.
7.Mengikhlaskan niat kepada Allah STW.
8.Menghadhirkan makna lafaz secara hakiki dalam sirr(qalbu).
9.Berzikir dengan penuh kecenderungan hati,hebah,hormat dan ta'zim.
10.Berserah diri sepenuhnya dengan penuh kesempurnaan kepada Allah Tuhan Yang Maha Benar(Haq).Membelakangi segalanya daripada segalanya daripada merasakannya sekalipun diri sendiri sehingga menjadi diri orang yang berzikir dan zikir itu sendiri sebagai 'Intinya'yang diingat(madhkur)kerana fana'nya di dalamnya dan baqa'nya.Semoga Allah SWT memberi pertologan dan tawfiq.Wassalam.

No comments:

Post a Comment