Saturday 22 June 2013

PENGENALAN TSN

Bismillahir-Rahmanir-Rahim.Alhamdulillahi-Rabbil a`lamin wabihi nastai`n wala haula walaa quwwata illabillahil aliyyil adzim.Wasallallahu ala sayyidina Muhammadin sayyidil-ambia`i wal mursalin wa a`laa ahli baitihi wazurriyyatihi wa ashaabihi thoyyibin wal a`lal- musliminna wal muslimat wal mu`mininna wal mu`minat.Amin ya Rabbal a`lamin.

 KEMUNCULAN TAREKAT TASAWUF.

Semua tarekat muktabarah yang ada semenjak zaman awal kemunculannya hingga ke hari ini adalah sebuah organisasi  persaudaraan spiritual yang kemas dalam dunia tasawuf Islam.Walaupun pelbagai nama dan aliran tarekat tasawuf  yang wujud tetapi adalah menuju muara yang satu.sejarawan mengatakan tarekat Islam secara resmi di ketahui ialah mulai abad ke 8 hijrah namun ada yang berpendapat pada abad ke 6 malah ada yang mengatakan pada abad yang ke3 hijarah lagi.Namun begitu sumber dasar peramalannya mempunyai hubungkait secara langsung atau pun tidak langsung dengan intipati pengajaran agama Islam yang merangkumi tiga demensi iaitu Iman,Islam dan Ihsan yang wajib di realisasikan dalam penghayatan agama.

Sumber tariqat-tasauf adalah Al-Quran dan As- Sunnah ia dikembangkan oleh perintisnya atas nama tariqat yang tertentu walau pun di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat tidak dinyatakan dengan nama tarikat tasawuf tertentu.Sama lah juga seperti ilmu fekah aliran imam tertentu yang ternyata zahirnya nama nama mazhab fekah imam syafie,Imam Hanafi,Maliki dan Hambali dan lain-lain begitu juga ilmu akidah tauhid aliran imam Abu As- Asya`ri  atau pun mazhab Qadariah,Mu`tazilah dan lain lain itu tidak juga ada disebut  pada zaman Rasulullah SAW dan zaman para  sahabat.Tetapi ianya diterima pakai[aliran imam-iman mazhab fekah]dalam melaksanakan ibadat kepada Allah.

PENGENALAN RINGKAS TAREKAT-TAREKAT SUFISME DALAM ISLAM.

Asas Tareqat Syattariyyah telah dikaitkan oleh sajarawan bahawa sanadnya adalah daripada Rasulullah SAW yang intipati peramalannya dasarnya[akar amalan zikirillah]diturunkan melalui sahabat,sepupu dan juga menantu kepada Baginda iaitu Sayyidina Ali Karramallahu wajhahu yang kemudian diturunkan pula kepada anakanda baginda Sayyidina Hussein Asy-Syahid r.a. dan seterusnyalah hingga kepada pengamal-pengamal tariqat ini tali temali hingga ke hari ini yang dipimpin oleh para Syeikh dan Khalifahnya daripada satu generasi ke satu generasi.

 Nama tarekat tertentu memang tidak wujud dan tidak disebut apabila melakukan apa-apa peramalan wirid zikir dan doa dan lain-lain peramalan seperti perilaku adab zohir dan batin seorang salik dalam bertariqat-tasawuf pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat dan juga zaman salaf as-salih sungguh pun perkara-perkara amal ibadah seperti dalam peramalan tareqat itu ada  diamalkan oleh mereka atau pun dalam tradisi Islam yang lebih awal lagi daripada abad ke 8 Hijrah. Maka sebagai pengenalan kepada organisasi tarekat-tarekat terentu dalam abad-abad perkembangan Islam kemudiannya terutama dalam bidang kerohanian penganutnya maka hampir semua aliran tarekat yang dikenali saat kemudiannya itu selalu dinisbatkan kepada nama-nama para wali atau ulama mursyidin berabad-abad setelah berlalunya zaman Rasulullah SAW.

Contohnya: Tarekat Qadiriyah dinisbatkan kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jilani(471-561 H).Tarekat Syuhrawardiyyah dinisbatkan kepada Syeikh Syihab al-Din Abu Hafsh al-Syuhrawardi(539-632 H).Tarekat Rifaiyyah inisbatkan kepada Syeikh Ahmad bin Ali Abu al-Abbas al-Rifa`iyyah(wafat 578 H).Tarekat Syadziliyyah dinisbatkan kepada Abu al-Hasan Ahmad bin Abdullah-Syazili(593-656 H).Tarekat Naqsabandiah dinisbatkan kepada Syeikh Baha al-Din al-Naqsaband(717-791 H) dan seterusnya lah begitu banyak lagi tarekat muktabarah dalam perkembangan aliran tarekat sufisme Islam hingga ada yang bependapat sampai 40 aliran tarekat lebih yang muktabarah keseluruhannya.

TAREQAT SYATTARIYYAH NEOSUFISME

Demikian juga lah bagaimana terdirinya dan timbulnya nama Tarekat Syattariyyah.Sebutan Syattariyyah dinisbatkan kepada Syeikh Abdullah as-Syattari(W.890H/1485).seorang ulama Mursyidin yang ada talian kekeluargaan dengan Syeikh Syihab al-Din Abu Hafsh Umar Suhrawardi yang mempopularkan Tarekat Suhrawardiyyah daripada pamannya Diya al-Din Abu Najib al-Suhrawardi(490-563H).Jika diselusuri lebih awal Tarekat Syattariyyah ada keberkaitannya dengan tradisi Transoxiana(Asia Tengah)kerana salasilahnya ada tali temali berhubungan sanadnya dengan Qutubul Aulia Agong Syeikh Abu Yazid al-Bustami at-Thaifur(W.260H/873M)lalu bersambungan lagi kepada Imam Jaafar as-Syadiq(W.146H/763M)kemudian hingga kepada Imam Muhammad al-Baqir lalu bersambung kepada Imam Ali Zainal Abidin dan seterusnya kepada Sayyidina Ali Karramallahu wajhahu yang menerima langsung daripada Rasullah SAW Sayyidul ambia`i wal-mursalin Sayyidina Muhammad SAW.

Tarekat Syattariyyah Neosufisme tidak mengkatagorikan dirinya sebagai cabang daripada mana-mana organisasi tarekat sufi yang lain.Ia adalah satu tarekat yang tersendiri yang memiliki karekteristik-karekteristik tersendiri dalam keyakinan dan praktiknya.Nisbah asy-Syattar adalah berasal daripada perkataan Syatara ertinya membelah dua.Ada pun maksud membelah dua ialah berkaitan dengan zikir akar tarekat ini iaitu kalimah Laa ilaa ha illallah yang diamalkan sebagai zikir nafi dan ithbat.

Menurut Syeikh Najmuddin al-Kubra istillah Syattar adalah bermaksud pencapaian tingkat spiritual tertinggi seorang salik tarekat Syattariyyah yang telah menempuh dua tingkatan terdahulu iaitu tingkatan orang akhyar(orang terpilih)dan tingkatan orang abrar(orang terbaik).Ada pun gelaran asy-Syattar itu dalam tarekat ini ada lah para sufi yang telah mampu(secara spiritualitas)meniadakan zat,sifat dan afaal dirinya(pelenyapan ego dan raga diri)sendiri.

SEJARAH RINGKAS TAREKAT SYATTARIYYAH DI ALAM MELAYU-NUSANTARA.

Tarekat Syattariyyah di alam Melayu-Nusantara bermula di Acheh yang bergelar Serambi Mekah.Pengembang terawal tarekat ini ialah seorang ulama Mursyidin yang ulong iaitu Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili(1024-1105H/1615-1690M).Beliau seorang tokoh ulama tarekat-tasawuf dan fekah terbilang yang menjawat jawatan Mufti Besar Kerajaan Acheh.Beliau telah menerima `Selendang Putih`[sebagai pertanda bahawa belaiu telah dilantik sebagai khalifat Mursyid dalam orde tarekat Syattariyyah]daripada dua gurunya seorang ulama Madinah Munawwarah iaitu Syeikh Ibrahim al-Kurani dari Turki(1616-1689M)dan Syeikh Ahmad al-Qusyasyi seorang ulama daripada Palestina(W.1661).Daripada Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri inilah tarekat Syattariyyah berkembang pesat bersama-sama penyebaran agama Islam oleh murid-murid beliau yang tersebar ramai di semua pelusuk Alam Melayu-Nusantara.

Antara murid-murid beliau yang aktif dan masyhor sebagai pengembang Tarekat Syattariyyah ialah sepertiSyeikh Burhanuddin Ulakan(W.1111 H/1691)daripada negeri Minangkabau Sumatera Barat.Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan(Tasikmalaya)di Jawa Barat.Tetapi ada sajarawan berpendapat perkembangan Tarekat Syattariyyah di Ceribon dan Banten berhubungan langsung dengan Syeikhnya yang tinggal di Mekah.Misalnya antara pengembang tarekat yang ternama itu ialah seperti P.S.Sulediningrat Yang dikatakan dari keturunan Syarif Hidayatullah(Sunan-Gunung Jati).Begitu juga seorang lagi pengembang Tarikat Syattariyyah yang masyhor di Tanah Jawa ialah Mbah Muqayyim pendiri Pasentren Buntet yang terkenal di Cirebon.

Tarekat Syattariyyah berkembang di Sulawesi Selatan di bawah pimpinan seorang Syeikh Mursyid terkenal iaitu murid langsung kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani iaitu Syeikh Yusuf Tajul-khalawti al-Mangkassari(1629-1699M).Dan seorang lagi pemuka Tarekat Syattariyyah di Nusantara-Melayu  yang tidak boleh dilupakan ialah murid kepada Syeikh Wajihuddin(Murid kepada Syeikh Muhammad Gausth dari Gwalior-India)iaitu Syeikh Muhammad bin Fadhlullah al-Bunhanpuri(W.1620)penulis kitab yang sangat masyhor terutama dikalangan ahli Tarekat Syattariyyah di Nusantara Melayu iaitu kitab Tuhfah-al-Mursalat ila Ruh an-Nabi.

Di Tanah Melayu  pengembang Tarekat Syattariyyah yang berpengaruh ialah yang masyhor sebagai `Keramat Tok Pulau Manis` iaitulah Syeikh Abdul Malik bin Abdillah yang menjadi mertua dan penasihat(Mufti) kepada Sultan Zainal Abidin 1 Sultan Terengganu.Kata setengah sajarawan beliaulahpenterjemah pertama kedalam bahasa Melayu kitab HIKAM  Syeikh Athoillah al-Askandari.Belaiu mengajar ilmu Tarekat dan Tasawuf di Ribathnya di Pulau Manis yang mana ramai penuntut-penutut dari segala penjuru negeri rantau alam Melayu datang berlajar dengan beliau.Syeikh Abdul Malik adalah murid kepada Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri beliau adalah seangkatan dengan murid Syeikh Abdul Rauf yang awal seperti Syeikh Burhanuddin Ulakan-Minangkabau.

Perkembangan agama Islam bersama penyebaran Tarekat Syattariyyah di Tanah Melayu dan Fatani(Thailand sekarang)
adalah lebih pesat melalui murid-murid Syeikh Muhammad As`ad Thohir.Antara yang terkenal ialah tiga orang murid beliau yang masyhor iaitu Syeikh Daud Abdullah Al-Fatani,Syeikh Abdul Rahim dan Syeikh Haji Asha`ari.Jaluran sanad(salasilah)pengamalan Tarekat Syattariyyah Syeikh Muhammad As`ad Thohir adalah sampai kepada Syeikh Ibrahim Al-Kurani.Beliau adalah seguru dengan Syeikh Abdul Rauf Ali Al-Fansuri Al-Singkili iaitu mereka adalah murid kepada Syeikh Ahmad Al-Qusyasyi.Seterusnya lah pula daripada Syeikh Ahmad Al-Qusyasyi bertali temali hingga kepada pemuka tarekat ini iaitu Syeikh Abdullah Asy-Syattari dan bertali pula sanadnya hingga kepada akar umbi Tarekat Syattariyyah sampai kepada Sayyidina Ali Karramallahu wajhahu dan baginda menerima talqin zikirnya daripada Sayyidina Muhaammad Rasullullah SAW.

MENYELUSURI LEMBAH SEJARAH BANGKITNYA TAREKAT SYATTARIYYAH NEOSUFISME.

Tarekat Syattariyyah neosufisme pada awalnya terkenal dengan nama Tarekat `Iskiyyah di Iran atau Tarekat Bistamiyyah di Turki Uthmani.Ia cukup popular pula di India apabila dibawah teraju Syeikh Abdullah Asy-syattari yang bersama pengembangan tarekat ini membawa misi melakukan gerakkan perkembangan Islam melalui dakwahnya di kalangan Non-Muslim di benua India.Sebagai sebuah gerakkan expansi keagamaan Tarekat Syattariyyah lebih fukus kepada perjuangan meningkatkan nilai moral dan spiritual melalui berbagai episod ajaran Islam yang terpaksa pula berhadapan dengan berbagai tentangan dan halangan dengan tradisi dan ritual setempat yang banyak dan kuat dipengaruhi tradisi Hindu-budha.Oleh itu beliau  dengan bijak bersikap akomodatif tetapi mesti tidak boleh bercanggah dengan Syariat dan Tauhid Ketuhanan Islam dalam menarik perhatian Non-Muslim untuk memeluk ajaran Islam secara sukarela.

Syeikh Abdullah Asy-Syattari menetap di Mandu sebuah desa di bahagian tengah India di situ beliau telah mendirikan sebuah pusat Khanqah[Pasentren-Zawiah-Pengajian pondok dan Ribath]yang pertama bagi memimpin para murid(salik)pengamal Tarekat Syattariyyah.Beliau telah menulis sebuah kitab yang masyhur dikalangan pengikut Tarekat ini iaitu kitab Lataif-al-Ghaibiyyah.Pendedahan isi kitab ini yang utamanya ialah berkaitan perinsip-perinsip dasar mengenai Tarekat Syattariyyah dan kaedah pengamalannya bagi mempercepatkan seorang murid mencapai tingkat tertinggi makrifatullah.Dan itu lah yang di maksudkan Asy-Syattar(cepat sampai ke puncak makrifat) pada nama tarekat pimpinan beliau ini.

Selepas beliau seorang tokoh pemimpin dan pengembang Tarekat Syattariyyah yang didapati sangat berjasa ialah Syeikh Buddhan-gelarannya ialah Syeikh Baha al Din ialah pengamal dan pengembang Tarekat Syattariyyah di bahagian Utara India beliau menghasilkan sebuah kitab yang berkaitan dengan selok-belok Tarekat Syattariyyah berjudul Risalah Syattariyyah.Tetapi diantara begitu ramai para syeikh Tarekat Syattariyyah dari awalnya yang paling banyak dan berhasil memaparkan doktrin ajaran Tarekat Syattariyyah ialah Syeikh Muhammad Gauts.Beliau menulis sejumlah kitab yang berisi pokok pengajaran Tarekat Syattariyyah antaranya ialah kitab Jawahir al-Khamsah,Kilid Makhzan,Dama`ir Basayir dan Kanz al-Tahid.Tetapi kitab yang popularnya menjadi teks bagi murid ialah Jawahir al-Khamsah yang mana ianya di saat kemudian digunakan oleh pengembang Tarekat Syattariyyah yang masyhor iaituSayyed Sibghatullah bin Ruhullah(1606) dari Haramayn yang aktif mengajar di Masjid An-Nabawi Madinah Munawwarah dan juga di Ribath beliau sendiri.

 Sebuah lagi kitab utama pengajaran selok belok Tarekat Syattariyyah yang di karang oleh syeikh Muhammad Ghauths ialah kitab BAHR AL-HAYAT.Kitab Bahr-al Hayat adalah kitab yang mendalam mengenai bagaimana jasad manusia sebagai alam soghir atau dunia kecil(mikrokosmos) dan hubungannya dengan alam al-Kabir atau dunia besar(makrokosmos).Perhubungan ini dapat direalisasikan dengan kaedah-kaedah tertentu atau kaifiat tertentu mengikut kaedah pengamalan pelajaran Tarekat ini.Melalui latihan-latihan tertentu sesaorang salikin diharap dapat mencapai kesatuan antara tubuh lahir dan jiwa yang bersifat batin kepada insan dengan Rohul-Al Adzim.

No comments:

Post a Comment