Friday 21 June 2013

PINTU TAUBAT TETAP TERBUKA.

Oleh Syeikh TSN-Zahratul Alam
(buat indan para pencari jalan kembali(thoriqat-inabah) kepada fitrah keruhanian dan keredhaan Allah SWT).

Sabda Rasulullah s.a.w.
"Orang yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa dan jika Allah mencintai seorang hamba nescaya dosa tidak melekat".(HR.Anas bin Malik).
Firman Allah.Ertinya:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri".(Al-Baqarah 2:222).

APAKAH TAUBAT?
Ialah juru ingat Tuhan di dalam hati setiap insan muslim.

APAKAH SYARAT-SYARAT TAUBAT.
1.Menyesali kesalahan.
2.Meninggalkan terus kesalahan.
3.Bertekad tidak kembali kepada kemaksiatan yang sama.

TAUBAT BOLEHKAH BERULANG.
Taubat boleh berulangkali andai terjerumus juga dlm dosa setelah bertaubat atas dasar firman Allah:
'Likulli ajaling-kitaab'
Ertinya:"Bagi tiap-tiap masa ada ketentuann"(Ar-Ra'dh 13:38).

ADA TIGA TAHAPAN TAUBAH.
1.Tawbah lantaran kesedaran doa.
2.Inabah(berpaling hati kpd Tuhan)lantaran pahala.
3.Awbah iaitu kembali lantaran mematuhi perintah Ilahi seperti firman Allah:
"Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah hai orang orang beriman"(QS,An-Nur:31).
Jika seorang hamba Allah bertaubat dia dapat pujian Tuhan seperti firman Allah:
"Dia adalah sebaik-baik hamba sesungguhnya dia amat taat(kepada Tuhannya)(QS,Shad,38:30).

TAUBAT IKUTI JEJAK RASULULLAH S.A.W.
Apabila hati Baginda suram.Baginda bertaubat 70 kali sehari.
Firman Allah,Ertinya:
'Katakanlah,jika kamu(benar-benar)mencintai Allah ikutlah aku,nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosa mu'(Ali Imran 3:31).

PERINSIP TAUBAT NASUHA.
Satu penyelewengan sahaja sesudah taubat lebih amat patut ditakuti(terhadap murka Allah) berbanding 70 penyelewengan sebelum bertaubat.

BEBERAPA PENDAPAT MENGENAI MAKNA TAUBAT DARI PANDANGAN ARIFINBILLAH.
1.Taubat itu adalah bahawa engkau tidak melupakan dosa dosa mu.
2.Taubat itu bahawa engkau benar benar melupakan dosa mu.
3.Taubat itu taubat dari taubat.
4.Taubat itu engkau berpaling dari sesuatu selain Allah.

TINGKAT TAUBAT.
1.Bertaubat dari dosa
2.Bertaubat dari kealpaan(terhadap Ilahi).
3.Bertaubat dari kesedaran akan perbuatan baiknya sendiri.
4.Mohon ampun tampa wara' adalah taubat para pendusta.

PERINSIP TAUBAT AHLI THORIKAT UNTUK TERUS MAJU PENDAKIAN PUNCAK KEROHANIAN.

1.Tidak kembali kepada sesuatu yang telah ditinggalkan.
2.Tidak meminta sesuatu selain yang esa yang di tuju.
3.Jaga lubuk hati dari ingatkan perkara yang telah di tinggalkan.
4.Pengalaman 'manis'dulu menjadi pahit pengalaman masa mendatang(pengalaman alam thoriqat,hakikat dan makrifat dan mahabbah Ilahi menjadi manis'.

TIP:
Allah membangkitkan orang orang yang bertaubat dari kubur kubur mereka dalam keadaan gembira.

note:Catatan ini adalah asasnya bimbingan kepada calun salikin bagi tarekat Syathoriyah Neosufisme(TSN).Method atau kaifiat bertaubat secara former dgn bimbingan Syeikh Mursyid pula diberikan sebelum masuk suluk mukaddimah tiga malam berturut sebelum berbaiah dan menerima talqin zikir asas TSN.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment